Saturday 7 September 2013

Mohon pada Tuhan, mohon yang terbaik.

Salam alaykum.



Berbulan tinggal blog *bajet macam lama, baru sebulan tinggal* sungguh, rindu nak menulis. Lately, busy dengan study. Tapi InshaaAllah Taala, worth it.
Sangka baik dengan Allah.
Tak rugi apa.
Malah lebih dekatkan dengan bahagia. Biar yang baik saja dekati, kita tetap teguh doa pada Yang Memerhati.



Bahagia orang, bahagia kita, lain lain. Susah kita, susah orang, pun datang dalam bentuk yang berbeza. Jadi sebab itu jangan minta jalan cerita kita untuk sama dengan orang lain. Yang datang pada kita, syukuri. Yang kita minta tapi Dia lambat beri, itu rahsia Dia. Tak cepat, lambat, pasti datang. Kita perlu cuma sabar. Doa selalu. Doa. The paling agung, paling hebat punya senjata is Du'a.



Hidup ini bukan pentas untuk terus berlakon tanpa fahami skrip sebenar kehidupan.



Hidup.
Ia seperti langit.
Manusia melihat ia kadang berubah warna.
Berubah suasana.
Manusia juga begitu.
Di uji. Di datangi bahagia. Muram duka.
Ia biasa. Normal.
Jadi kalau di sentuh sikit dengan ujian, mengapa mengeluh?









Mohon pada Tuhan, mohon yang terbaik.


Hati : 'Teruskan sayang orang sekeliling kerana Tuhan'