Friday 31 January 2014

Random Update : 2014

Assalamualaikum.

Gahhh, rindu nyaa belog ! Last update 2013 dah ni tiba tiba dah 2014 wuwuwuw.

Banyak cerita nak tulis banyak benda yang nak kongsi but sometimes when semua campur aduk dalam kepala, I was like aaaa biarlah dulu tulis saja apa yang came out dekat kepala. InshaaAllah beri/share benda baik baik saja.















Dalam hidup kita kena ada reminder. Bukan sebab kita alpa. Bukan sebab kita jenis kena terhantuk dulu baru nak gigih bangun balik. Tak. Tapi sebab kita perlu pada bimbingan. Perlu bergantung pada orang sekeliling sebab hidup kita bukan sorang sorang. Perlunya pada teguran. Nasihat. Tak banyak pun sikit, at least beri rasa yang kesannya sampai ke hati.

Semua orang impikan jalan cerita hidup yang indah indah baik baik saja. Semua orang macam tu. Tak nafi aku pun. Ada masa nak gelak, ada masa nak suka suka tapi ada masa bila fikir balik Ya Rabbi ada je benda yang macam bawak kepada lagha, banyak. Terlalu. So time macam ni family, kawan, memang main role dia masing masing. Bila kita minta tu, minta supaya tegur kita ke apa, mereka macam bagi spirit baru. Jangan down. Don't be like that. Terima nasihat. Lapangkan dada. Yang sayang kita, yang nak lihat kita elok, dia lah penasihat paling ikhlas. Terima, walau macam susah kita nak buat, tapi benda baik ni kita kena ambik simpan letak kat hati dan fikiran.




TUHAN lebih kenal kita. Berbanding KITA.




Diri kita.
Bukan semuanya betul.
Separuh mungkin elok.
Separuh mungkin buruk.

Yang elok kita perelokkan lagi.
Sebab nanti kalau kena cela, 
Payah jadinya.
Yang buruk, kita lepaskan.
Lepaskan kerana itu lebih baik.
Lepaskan dalam konteks 'ubah'.
Buang.
Buang kerana adanya BISA memudaratkan.
Menyusah payahkan diri yang sedia payah untuk mujahadah.







Minta pada TUHAN.
Minta yang baik saja untuk KITA.