Wednesday 26 December 2012

selamat tinggal | sayonara


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



sebuah cerpen | niarazlan@copyright


Airis mengorak langkah keluar dari perpustakaan. Seketika dia mendongak memandang warna awan yang sudah berubah hitam. Cuaca yang cerah sebentar tadi serta-merta mendung. Arakan awan-awan komulonimbus semakin laju melitupi ruang langit biru. Seakan-akan sudah tidak mampu lagi menampung kandungan air yang tersejat di dalamnya.

Dia yakin sebentar lagi pasti hujan akan turun dengan lebatnya. Seketika dia menoleh ke laluan menuju ke arah fakulti nya. Sepi. Fikirnya, mungkin waktu sebegini semua rakan-rakannya sudah pulang ke hostel masing-masing. Di tolehnya jam di tangan. Pukul 6.30 petang. Jam pemberian papa sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-20 itu masih setia dengannya. Tidak pula pernah dia lupa menyarungkan jam itu ke mana saja dia pergi. Airis tersenyum sendiri. Terbayang pula saat setahun yang lalu. Sebentar lagi pasti Surau Al Raudhah yang terletak di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara itu akan di penuhi dengan jemaah pelajar yang datang untuk mendengar usrah dari Ustazah Safiah. Memang sudah jadi rutin setiap hari khamis, pasti ada sahaja usrah yang di buat untuk santapan rohani pelajar di sini.

Bunyi ribut sudah mula kedengaran. Hai, janganlah hujan. Macam mana aku nak balik nanti. Yang aku ni pun satu, boleh pulak lupa bawak payung time musim hujan macam ni. Nah, terima lah padahnya. Gumam Airis dalam hati. Mahu atau tidak, dia terpaksa berlari ke arah Surau Al Raudhah kerana itu sahaja tempat berlindung dari hujan yang semakin lebat membasahi bumi ini. Basah kuyup bajunya meredah hujan untuk masuk ke koridor Surau. 

Airis duduk di salah satu sudut di surau itu. Kelihatan sudah ramai pelajar perempuan yang datang, Ustazah Safiah pun ada sekali. Awal ustazah sampai. Mungkin hendak solat maghrib berjemaah pada hari ini kerana kebiasaanya, Ustazah Safiah akan datang untuk solat isyak berjemaah dan memberi sedikit usrah. Airis meletakkan buku-bukunya di tepi tirai surau. Dia memperkemaskan letak tudungnya supaya senang dia mengambil wudhuk nanti.

Bismillahirahmanirahim. Wudhuk diambil. Penyucian diri bagi setiap hamba. Usai mengambil wudhuk, Airis bersama-sama pelajar yang lain masuk ke dalam saf dan bersedia untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah. Suasana ketika itu sungguh tenang, bermelodikan hujan yang masih renyai di luar surau.


solat berjemaah itu lebih afdhal ( utama )
daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda
hadis riwayat al bukhari dan muslim


Kelihatan Ustazah Safiah sudah mula membuka ucapan usrahnya. Tekun benar Airis memerhati lagak setiap pelajar pada malam itu. Inilah kali pertama dia berjemaah selama dia melanjutkan pelajaran di sini. Rasa sesal dan khilaf hinggap di hatinya. MasyaAllah, begitu alpa kah aku pada Mu? Terasa begitu janggal dirinya di situ. Memandang sekilas pada yang lain, khusyuk saja di lihatnya mendengar pembukaan usrah dari ustazah.  Dia memang pelajar cemerlang di universiti itu. Siapa tidak kenal Airis, meraih anugerah dekan berturut-turut untuk setiap sem. Zain, teman lelaki Airis juga tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan Airis dan Zain sentiasa meluangkan masa bersama untuk melakukan sesuatu tugas memandangkan mereka sekelas. Tapi tanggungjawab nya sebagai hamba di rasakan tidak cukup dengan hanya solat 5 waktu sahaja, terasa kosong di hatinya saat itu. Kenapa sebenarnya dengan aku? Airis bingung.

Lamunan Airis terhenti saat Ustazah Safiah menyebut tajuk usrah mereka pada malam itu. Lantas Airis merasakan seakan tertarik untuk meneliti bait-bait ayat dalam ucapan ustazah. SYIRIK CINTA. 
Gerun Airis mendengar tajuk itu. Bagaimanakah syirik cinta itu agaknya. Penasaran Airis ingin tahu. Di gerakkan tempat duduknya untuk ke saf hadapan sedikit dengan harapan ingin menghayati. 



'' anak-anak, bayangkan betapa besarnya salah kamu kepada Allah yang satu.
 Kamu lalai. Bayangkan di padang mahsyar nanti, Allah tunjukkan semua laku kamu di dunia. 
Kita ingat kita sorok benda tu, orang tak tahu tapi kita lupa, Allah maha mengetahui. 
Di katakan dalam al Quran bahawa jika aib kita di buka di akhirat, 
sampai jatuh daging-daging muka menahan malu. Hentikan SMS yang melaghakan. 
Hentikan panggilan yang melalaikan. Dalam islam tiada istilah couple, 
bahkan juga tiada istilah couple islamik yang jadi trend pada zaman ini. Kamu sangka kamu tidak berpegangan, tidak date dengan pasangan itu tidak berdosa? 
Berbalas SMS walaupun cuma untuk ' kejut solat '  itu sudah di kira lalai. Itu belum lagi call lewat malam yang buat kita hanyut dan senyum terkenangkan mereka yang bukan halal bagi kita. Bertaubatlah, raih dulu cinta Allah. Letakkan selamanya Allah di depan. ''



Airis termenung seketika. Mendengar ceramah Ustazah Safiah sememangnya membuatkan Airis terkenang akan Zain. Sudah dua tahun dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dia akui Zain seorang lelaki yang baik. Selama mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Zain menyentuhnya walaupun cuma sedikit, tak pernah. Mereka berdua tahu benda itu salah. So, apa salahnya couple. Bukan mereka buat dosa pun. Malah Zain memang terkenal di kalangan rakan-rakanya sebagai ' ustaz ' kerana sering menjadi imam ketika di hostel. Nah, apa yang tidak boleh? Aku dengan dia bukan buat maksiat. Sekadar call untuk wish goodnight dan borak-borak kosong, apalah sangat.

Namun ternyata ayat-ayat Ustazah Safiah masih berlegar di kotak fikirannya. Benar. Airis kalah dengan pergelutan antara akal dan hatinya. Kalau bukan benda buruk, kenapa mereka couple diam-diam? Kenapa takut kalau mak ayah tahu? Kenapa hati tidak tenang dan rasa kosong?

Airis tekad. Dia bukan tidak tahu hukum tapi jika tahu dan masih berbuat, bukankah itu lebih besar dosanya?  Airis memandang handphone nya. Handphone itulah yang menjadi saksi segala perhubungannya dengan Zain selama ini. Meninggalkan Zain bukan lah sesuatu yang mudah. Tapi Airis tahu, jika hidayah itu sudah sampai, tiada apa yang akan menghalang. Dia tunduk memandang sejadah. Titisan air matanya jatuh juga walaupun sedaya upaya ingin di tahannya. Pedulikan kalau jemaah lain melihat, ini air mata penyesalan. Ini air mata seorang hamba yang takut pada Tuhannya. Ya Allah, terima kasih atas nikmat hidayah ini. Doa Airis di iringi selawat dan istighfar yang tidak putus-putus di bibirnya. Airis nekad, dia tidak mahu tunduk pada cinta manusia semata.









Monday 17 December 2012

a gift from Allah | ♥

salam alaykum !

in The name of Allah The most Gracious and The most Merciful.

as i promised, going to update about majlis yang kami ( students of AM110/3C ) buat khas for the both lovely person in our class. it is like a farewell party for them ( Ameer & Nazreen ). they got an offers to go to SPA, and yes for sure, semua muka macam sedih *pretend nak cover semua mata merah2* k k, part ni sedih. boleh tengok sorang2 buat muka fake senyum. ketawa. tapi dalam hati Allah je yang tahu. lelagi la time ambil gambar kan.

how you feel like everything and times flies so fast! you've never imagined. 3 sem rasa kejap bukan? and no one knows yang ukhuwah fillah ini akan di uji Allah. benar, bahagia itu ujian. sedih juga ujian. and as a caliph of Allah, then we should be patient. hold on to The One. Allah takkan uji something that we can't bear to face.

whatever decision, someone might get hurt. choose the best that makes your heart feel calmer and pray to The Almighty. may everything turns better.  all the best Ameer and Nazreen . buat yang terbaik. :)





17 December 2012 shall be one of my favourite day ever. 



sahabat yang baik, akan sentiasa ada untuk sahabatnya yang lain. tak kira waktu susah mahupun senang. walaupun tak selalu ada di depan mata kita, tapi tetap hidup dalam setiap doa-doa kita. :)

kita bertemu, Allah yang aturkan.

kita berpisah, Allah yang rancang.

kita gelak ketawa bersama, ye itulah saat kita mewarnai ukhuwah ni.

kita sedih, itu juga cabaran dalam persahabatan.

jarak yang pisahkan, tapi kita tetap memandang langit yang sama.

tetap berpaksikan kiblat yang satu dan bertuhankan Allah yang Esa.

jadi jauh atau dekat, tak kan pernah putusnya silaturrahim ini melainkan dengan kehendak Allah.

dear friends, OUR FRIENDSHIP, IS A GIFT FROM ALLAH.

siapa sangka kan. mood semua tengah sibuk for the new semester, so bila situasi berubah macam nie, manalah tak sebak kan? ye dak? but heyy, thats what we call UJIAN. sabar, redha. doakan yang terbaik untuk satu sama lain. *bayang saat2 study, pergi kelas, presentation, makan semeja* T_T

WE ASKED ALLAH FOR THE BEST. so no matter how far we go, how difficult things get, if He says it's the best to be ours, it will be. so smile :)

setiap pengorbanan, itulah cinta dan jalan untuk terima kebahagiaan. setiap air mata dan ujian, itulah jalan untuk dekat padaNya dan terima anugerahNya.


then when you have taken a decision, put your trust in Allah
- surah al Baqarah : 159





ambil keputusan untuk pergi saat pengajian disini hanya berbaki dua semester, itu satu keputusan yang berat. both of you tak payah cakap pun kami dah tahu. even kami pernah cuba letak diri kami kat tempat kalian. berat. *lap air mata* 

we are friend and we are brothers and sisters.

jauh mana pun pergi, lama mana pun tak jumpa,
datanglah beribu kawan yang lain pun dalam hidup kalian,
jangan lupa kami :)



jaga diri, jaga iman.
sincerely, Nia.




Saturday 8 December 2012

steps to be a good muslimah | :)

salam alaykum !

in the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

i've been quite busy due to the starting of a new semester. yup, a new semester with a new environment. a new spirit. and yes, subjek this sem memang buat nia sangat ' teruja ' lah. yang amat, haishh. -.- paper law dah nak mula tunjuk taring, *ayat hiperbola habis. k k, over :P . paper politik sains makin bertambah, HAAAA, nie yang kemain kena study nie. 

so as yang pernah saya janji, i will write a steps about how to be a good muslimah. insyaAllah, tips2 nie boleh tolong kalian sikit sebanyak kan? kan? kan? *rasa nak hempuk nia :D ( MUKA CERIA )
SHORTEN THIS PART, sebelum nia makin lelebih lagi, so leggo yawww ! 

in the Muslim religion, women are advised to follow rules that at times may appear to clash with western standards of fairness and equality. However, if one looks into the rules and thinks with an uncritical eye, one will come to notice that everything Muslim women are told to do ultimately benefits women. 

In the Quran, it states ' for Muslim men and women, for believing men and women, for devout men and women, for true men and women, for men and women who are patient and constant, for men and women who humble themselves, for men and women who give in charity, for men and women who fast, for men and women who guard their chastity, and for men and women who engage much in Allah's praise, for them has Allah prepared forgiveness and great reward. (33:35) '



this is me, you and all of muslims wants right?


1. understand that all shall be well with Allah's will. - Allah itu, tidak kira sebesar mana pun dosa yang kita buat kepadaNya, pasti Dia akan ampunkan. even if you feel that you are already too deep to become the good Muslim that you truly can be.

2. discover where the influences causing you to turn your back on your religion come from. or i mean, ( MUHASABAH DIRI ) - maybe you can trace back the cause to either family situations or friends that are leading you on the wrong path. leave the friends. Allah tahu yang terbaik. apa yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk kita kan? :) they will not be there on the Day of Judgement when you have to face Allah on your own. if it is because of family, it is a little more difficult. this is where the next steps will come in handy.


3. if you are truly devoted to turning over a new leaf and becoming the best Muslim girl that you can be, you must wear the hijab
. - wajib. yes memang pakai tudung tak wajib but, tutup aurat itu wajib kan? the hijab is not just a piece of cloth that covers hair, it changes you mentally and spiritually. think of it as a way for Allah to protect the women. as soon as you wear the hijab, hopefully, your whole perspective on self-respect and values will automatically change

4. pray 5 times a day. kalau rajin lagi tambah pulak dengan solat sunat. contohnya, ( sunat rawatib, sunat taubat, dan sunat hajat. boleh la tambah dengan zikir and etc ) - s
tart making prayer a normal part of your day, the way eating is a need of ours, our spiritual food is prayers.

5. read the Quran -  read the Quran and also try to read the translation of the Quran and truly try to understand its meaning. baca Quran adalah bertujuan untuk bina hubungan kita dengan Allah swt. also makes you feel closer to Allah. indahnya Quran kan? kalam Allah.


6. learn more about islam - k
now what you have to do (which is called WAJIB things) and what you can't do (HARAM things). the Internet is a valuable source to search for Islamic rules and regulations and the punishments that apply if they are broken. zaman kemudahan teknologi nie tak susah dah. boleh saja search mana2 website but makesure, to go on correct websites ye awak2 semua :D .

7. dress modestly - t
his does not mean that you have to look ugly or not stylish. just be modest. wear longer shirts. remember that it is obligatory to cover the whole body except muka dan tapak tangan. islam tak larang kita berfesyen. tapi jangan ' buta ' fesyen

and the last one is :

8. take time for yourself - nak berubah perlu masa. mana ada hari nie berubah esok terus pakai tutup semua. ye dak? slow2. yang penting istiqamah. islam bukan agama yang memaksa. if you make it a priority in your mind that you want to strive to be the best Muslim girl possible, you will achieve this goal without even realizing it !





every time you feel weak and do not have someone to talk to, remember that Allah (swt) is always there for you and HE is all you need to accomplish this mission. :) have faith on HIM.

SOOOO, i've completed all. alhamdulillah. *senyum telinga ke telinga* . you know what, sharing the best things to all of you buat saya rasa macam, wahh. inilah islam. indahnya islam. saling sebarkan agama Allah. faham tak keterujaan nie? ELELE dia start dah :D 
will be back soon.

pray for me, pray for the ummah. :)

     



Monday 3 December 2012

| Quran | ♥

salam alaykum. :)

In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

the awkward moment when ada orang tanya ke mana menghilang? bila nak publish entry baru? okay, nah nie dia bahan bacaan saya buat kalian untuk bulan nie :) since i jarang update blog, so saya kena pastikan yang setiap kali bila saya came out je, saya akan bagi sesuatu yang baru dan lain untuk orang baca. 

Quran. Kalam Allah.

' kitab ( Al Quran ) ini tidak ada keraguan padanya : petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. ' 
( Al Baqarah 2:2 ) 

' maka, adakah kamu menganggap remeh saja Al Quran ini? ' ( Al Waqi'aah ;81 )

ada yang lebih terkesima dengan novel dan drama walhal kitab suci ini di tolak ke tepi. bila pulak nak buka quran? alah, nanti la. malam jumaat seminggu sekali mungkin. ( baca yasin, so buka lah quran ) in case kalau tak buka langsung dalam seminggu? berat tu. 

tengok you tube, lepak, text, facebooking lagi, nak2 pulak twitter, semua tu dah ganti kelaziman yang sepatutnya. yang sepatutnya Quran kita buka hari2, tapi di ganti dengan benda yang tak berfaedah.
we must stop wasting our time. turn back to Him. hold Quran and Sunnah. 



the Quran, like all other divine scriptures, contains God's law. not only does it contain, but also the means to attain righteousness. see? banyak sangat kelebihan dalam quran nie. jadi, ayuh kita jadi generasi rabbani. berpegang teguh pada kitab kita. mari. :)
Quran always offers straightforward solutions. tak payah susah2 nak search mr.google ke atau whatever lagi yang lain, not worth it.

bukankah Quran itu satu peraturan yang benar? kitab yang menjelaskan penjelasan yang sempurna buat manusia. 

wallahualam.




Wednesday 21 November 2012

tarbiyah diri mengenal Allah

salam alaykum,

in the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.




lain orang, lain cerita.
lain orang, lain ujian.
lain orang, lain rezeki.
jangan mudah banding, 
macam-macam boleh berlaku.
Allah saja yang tahu.


tak mahu taip pembukaan yang panjang-panjang, but cukup dengan sebaris ayat nie. ' yang menerima ibadah kita, Allah taala. yang akan memberi pahala, Dia juga. bukan manusia. '

kalau manusia mencemuh tarbiyah kita, biarkan mereka. kita? teruskan melangkah selagi bernyawa. jalan da'wah itu bukan senang, harus kuat dan istiqamah.




untuk mendapatkan nikmat tarbiyah bukan mudah. Begitu juga untuk sentiasa istiqamah dalam tarbiyah. Pelbagai persoalan minda perlu dijawab. Tanyakan diri bersedia ke arah kebaikan atau katakan pada diri tunggu dulu.
"Saya masih muda. Usia remaja perlu dipenuhi dengan keseronokkan."
"Puaskan dulu dengan hiburan dan pergaulan. Bila dah puas, saya berubahlah."
Itu antara ayat lazim yang menjadi hujah para remaja bila diajak beramar makruf nahi mungkar. Mengatakan dirinya masih muda. Masih terlalu awal untuk menjadi baik. Ada juga yang mengatakan nanti lepas berkahwin saya akan berubah.
Tapi, persoalannya sampai bila memberi hujah sedemikian. Adakah kita yakin lepas ini, esok dan lusa kita masih hidup? Adakah kita tahu bila kita akan mati? Bukankah kematian itu paling hampir dengan diri kita dan semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini?
Allah SWT berhak ke atas diri kita. Maka, Dia berhak berbuat apa saja ke atas diri kita tanpa berunding dan memberitahu kita. Ini termasuklah hal kematian.
Kematian kita! Ya. Kematian kita bila-bila saja menjemput.
Allah SWT akan menguji kita. Hidup dan mati kita itu adalah ujian daripada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Quran yang bermaksud;


"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,"
(Surah al-Mulk ayat 2)


go on nia. go ! you can do it. hoyeahhh. :)  because i know in any situation. Allah listens to my heart, hears my du'a and that's why i smile. 





"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad ayat 7)

Yakinlah, kita adalah umat terbaik untuk manusia dan sekalian alam. Maka, jangan sia-siakan gelaran ini. Jadilah orang-orang yang memperjuangkan agama Allah SWT. Menjadi generasi rabbani iaitu generasi yang  mempelajari al-kitab dan mengajarkannya.

biar ramai yang menghalang, biar ramai yang menduga jalan da'wah mu, selalu teguhkan hati. tawakal. usaha.
saya juga manusia biasa, punya khilaf saya sendiri. tapi mana ada manusia yang tiada dosa bukan. untuk berubah atau terus berbuat dosa, anda pilih. :) 




saya tidak mahu jadi luar biasa. cukuplah hanya jadi yang biasa-biasa saja kerana tujuan hidup adalah untuk menghadap yang maha Esa.




Sunday 4 November 2012

cinta manusia, makin dikejar makin menjauh. cinta Allah, baru melangkah sudah dekat.


 the only one who never moves away from us regardless what we do. Allah, the One and Only.


salam alaykum. :)

in The name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

alhamdulillah, ucap syukur harus sering kita sebutkan. syukur untuk segala nikmat Nya yang masih kita rasai.

apa khabar iman kita hari ini? apa khabar amalan kita hari ini? masih sama dan tidak mahukah kita tingkatkannya lebih daripada sebelum ini? Allahuakbar.

petang tadi gigih saya cari buku ' bercinta sampai syurga '. best, sangat memberi pengajaran. meh-meh semua pakat baca. hewhew ^__^ ye, even buku nie memang da lama kat pasaran, tapi entah kenapalah nia agak pending, *LOL*. baru nak miliki sendiri. sebelum nie da baca tapi skip2 macam tu je. well, baca buku kawan kan. :)

ramai yang tanya, kenapa asyik2 cinta remaja yang di sentuh. kenapa asyik2 ceramah ke usrah ke, pasti ia lebih cenderung kepada hubungan antara lelaki dan perempuan sebelum nikah. 

ye, kerana ada segelintir yang lalai dengan cinta manusia. sanggup abaikan cinta Allah. saya juga remaja. faham benar dengan keinginan ' CINTA ' itu. 

cinta manusia, makin dikejar makin menjauh. cinta Allah, baru melangkah sudah dekat.

jika benar sayang kan seseorang, berdoalah moga Allah jaga hatinya. moga Allah juga menjaga hati kita untuk tidak melangkaui rindu dan cinta kita kepada Nya.

Allah itu cinta pertama kita. Dia yang Maha Mengasihani. lalu, siapa kita untuk letak kan manusia lain sebagai tandingan dengan Nya di dalam hati kita? kita juga manusia, seharusnya sebagai hamba kita perlu meletakkan Allah sebagai cinta nombor satu. cinta manusia itu jika tidak di jaga dan di bataskan, boleh menjauhkan kita dengan Allah. tapi cinta Allah, baru hendak mendekati sudah kita rasai hebatnya kasih Ya Khaliq. Allahuakbar.

jika mahu bercinta, bercinta lah sampai syurga. namun cinta yang bagaimana yang layak di bawa hingga ke Jannah Nya? sudah tentu cinta yang tidak mengundang murka Nya. cinta yang suci yang terbina atas rasa takwa dan tanggungjawab kepada Allah.

when we really have a good relationship with Allah, we surely will have a good relationship with human too.

muslimah, jaga diri anda. pagarkan diri anda bak mawar berduri. dilihat boleh, dipegang jangan. 
muslimin, dirimu pembimbing kami. tunjukkan sikap kepimpinan mu. jangan biar kami sesat dengan rayuan dusta mu. peliharalah kami, kerana sesungguhnya Allah ciptakan Adam untuk melindungi Hawa.

cinta sampai syurga, cinta yang di mana dua jiwa bersama meraih redha Allah.

                                                                   sincerely, nia :)



lot of love.



Monday 29 October 2012

i'm growing up, life as a Caliph of Allah.

salam alaykum readers sekalian. :)

belum terlambat untuk ucapkan salam aidil adha bukan? ye ye, sibuk dan agak bersawang belog ini senanye :) phewww *raya da habis*.

aidil adha. many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. he loved his son. But he loved God more. the commandment came to sacrifice his son. but it wasn’t his son that was slaughtered. it was his attachment to anything that could compete with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter? Allahurabbi. muhasabah diri saya sendiri.

okay, this express entry yang bukan makna nak cepat ke apa, tapi saja tak nak lah nampak sangat yang belog nie macam *xde* tuan, decide to write a short n simple entry about me, my self. :) #like a peghimadona pulak :D



#unpredictable & living her own unique life ;) may be differ from her look & trying her best to be a better person insyaAllah !

im 19 years old now, and one word to describe, Alhamdulillah. dikurniakan hidup yang sangat bahagia, tenang, di kelilingi oleh orang2 yang menyayangi juga merupakan kekuatan saya sampai hari ini.

Ya Allah, tahun depan saya dah 20. oh, macam tak percaya pun ada kan? subhanallah :)

closer to the Reality of your need. The Reality of this life and the next. closer to His door. bila umur makin meningkat, tak kan amalan masih tak nak upgrade kan? well, jangan sombong dengan Allah dear2 sekalian. Allah bagi kita nyawa, nafas, nikmat, tak minta pun kita bayar balik. jangan jadi hamba yang kufur nikmat, Allahurabbi.

saya berharap kehidupan saya yang insyAllah masih panjang lagi di dunia ini, akan menjadikan saya hamba Allah yang tidak lalai.

mohon kepada diri, untuk jaga akhlak. mohon kepada hati untuk jaga ia dari cinta yang hanya menjauhkan saya dari Nya.

so nia, all the best you've been through, because Allah really loves you.

just wanna sharing this :


#eh, tetiba share quotes nie. :D

okay then, assalamualaikum.
lot of love.



Sunday 21 October 2012

kalau awak mahukan saya, awas jangan dekat. dapatkan secara terhormat. saya ada wali :)

salam alaykum readers :)

in the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

alhamdulillah, tamat sudah sem 2. maka bermulalah cuti sem yang oh, memang sangat dinantikan sebenarnya pun kan? *senyum* :D


balik rumah baru ada masa belek novel karya penulis yang dikagumi, ustazah fatimah syarha & suaminya, dr. farhan hadi. terasa tenang baca karya beliau. banyak yang dapat di aplikasikan dalam kehidupan realiti kita sekarang. banyak tips yang beliau tulis untuk kesejahteraan hidup sebagai muslimin dan muslimat. semoga Allah memberkati mereka berdua. Allahurabbi.

pernah satu hari tu saya menonoton video ceramah beliau, cafe cinta.
masha Allah, terkesan di hati.
benarlah, jika kita menjaga hati kita, Allah pasti beri yang terbaik. Allah shall grant us with His blessing.

yang kita perlu buat sebagai hambaNya ialah, keep praying.

muslimah, mahalkan diri anda. jangan biar kita jadi bahan mainan lelaki yang hanya ingin keseronokan semata. jangan biar maruah kita di pijak, di ragut begitu sahaja.

kalau benar dia cinta, dia pasti datang dengan cara yang elok, cara yang di redhai Allah. kalau benar dia mahukan kita, dia akan dapatkan kita dengan cara yang berhemah.



*dari senyomdesign


put effort in upgrading self and pray hard. If someone is meant to be yours, they will be. Allah knows who deserve your heart the best.

yang kita perlu buat adalah, persiapkan diri. jika mahu yang soleh, solehahkan diri kita dahulu. kerana janji Allah itu pasti.

Allah will strengthen the heart, those who are patient. Allah gives more, those who learn from mistakes, struggling for a better self & future.

kadang2 ada yang bercinta bagai nak rak, tapi akhirnya terpisah juga kerana Allah sudah merancang segalanya. Allah tahu yang terbaik. lalu, tersia sahaja lah masa yang diluang untuk seseorang yang salah sebelum ini? sudah banyak manakah dosa yang mengalir sebelum ini? ye, itulah yang perlu di elak. islam tak larang kita bercinta, tapi biarlah pada halal jalan Nya. Allahumma.




*kalau awak mahukan saya, awas jangan dekat. dapatkan secara terhormat. saya ada wali*

insyaAllah semoga kita sama2 perbaiki diri, Allah sayang kita semua. :)
perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik.
yang penting jaga diri, jaga iman. letakkan Allah sebagai cinta nombor satu.




#One day, i would like to write and publish my own book. ^__^ dream

lot of love, nia :)



Friday 12 October 2012

muhasabah, Allah sayang kamu ^__^



salam alaykum, selamat pagi ^^

in the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful. pagi jumaat yang barakah, alhamdulillah.


Ilahi uji kerana sayang hambaNya, Ilahi suka bila hamba tadah tangan berdoa dan sujud kepadaNya, Ilahi beri bahagia tapi ada kita hargai dan benar2 buka mata?

ramai orang tanya macam mana nak dekatkan diri dengan Allah. macam mana nak bagi diri selalu ingat yang kita nie tak lama pun hidup kat dunia nie, nanti nak mengadap Allah, bekal tak cukup lagi. and so on, sangat banyak persoalan yang datang.

kadang2 bila rakan ajukan soalan macam nie kat saya, saya selalu pesan :

'semua ada waktu buruknya, ada terbuat dosa, ada kurangnya tapi Tuhan beri yg terbaik buat Hambanya yang apabila diuji : sabar, belajar dan terima. ' :)

jangan jadi begini :
bila diuji, baru tahu nak cari Allah. bila diuji, baru tahu nak hampar sejadah. bila diuji, baru tahu nak tadah tangan.


tiap2 sesuatu yang Allah datangkan dalam hidup kita, itu semua ujian. bahagia pun, itu ujian. Dia uji, adakah kita nie tahu hargai nikmat bahagia yang Dia beri. susah pun, itu ujian. Dia hendak tahu setakat mana pengharapan dan penyerahan diri kita pada Dia. jadi, muhasabahlah.




muhasabah boleh buat kita bersyukur dengan apa yang kita ada, boleh buat kita turn back to Allah.

segelintir ada yang tak bersyukur, belum senang dengan apa yang ada. nak lebih lagi. tengok orang macam tu, nak macam tu jugak. Allahurabbi. itu tanda hati tak tenang.


it's okay if we don't have something that others have and we can't do something that others can. everyone has their own specialness and so do you. :)


ingat Allah tika senang, Dia akan mudah beri rezeki dan bahagia. ingat Allah tika susah, Dia akan sentiasa disisi dan akan beri ganjaran yang tak terduga.


thats all. i miss to write entry yang panjang berjela2 tapi take time pulak kan? moment when you tengah struggle untuk paper2 last final exam, then rasa rindu untuk menaip datang. ^^ aigoo.

sincerely, nia.






*terima kasih sudi baca :)



Tuesday 2 October 2012

be like a diamond, precious and rare, not like a stone found everywhere :)

salam alaykum dear readers -___-

alhamdulillah, masih bernafas dan menumpang di bumi Allah yang indah. syukur, hidup masih berjalan, perlu gigih teruskan kehidupan. Allahuakbar.

hidup kita perlu di isi sebaik mungkin. sedar itu? :) Alhamdulillah kalau kita masih sedar ^^

tadi saya buka news feed fb, terkedu dan terkejut pun ada. adik-adik malah ada yang sebaya, post macam-macam aksi gambar. Allahurabbi.

saya just nak share info dari page yang saya singgah semalam , page himpunan doa harian. saya belum cukup baik untuk menilai sesiapa, tapi ini sekadar berkongsi. moga membawa perubahan pada diri kita semua. Aminn :)


muslimah gedik :

1. bertudung labuh tapi buat macam2 gaya untuk dijadikan sebagai profile picture.
2. berpurdah tapi posing dgn macam2 gaya dan letak celak untuk tampil nampak cantik.
3. bertudung labuh tapi post2 yang jiwang2.
4. bertudung labuh tapi "gelak ketawa" dengan rakan2 lelaki di facebook.
5. bertudung labuh@berpurdah tetapi kerap post gambarnya di facebook untuk tatapan umum.


mungkin ada yang tidak suka bila di tegur atau di label gedik, tapi itulah hakikatnya. perkongsian ini ikhlas dari saya, kalau rasa nak ambil, ambillah. :)
sama-samalah kita berpesan pada kebaikan.

mahalkan diri kita, mahalkan segalanya. simpanlah ia untuk tatapan suami. :)




i’m sorry.
i’m sorry I don’t have the most perfect skin.
i’m sorry I don’t look like a Victoria Secrets model.
i’m sorry I don’t have the best style.
i’m sorry I’m not tall.
i’m sorry I’m not perfectly skinny- 5’7 nor 100 pounds.
i’m sorry I have stretch marks here and there.
i’m sorry I have bad hijab days.
i’m sorry that I’m plain.
i’m sorry my eyebrows aren’t thin and perfectly trimmed.
i’m sorry my face isn’t caked in make-up.
i’m sorry that I can never meet society’s standards.
but you know what?
i don’t need to care about society’s criteria.
i don’t need people to tell me I’m beautiful.
i don’t need compliments to make me feel better.
i don’t need a superficial love that can’t withstand a stretch mark here or chub there.
i don’t need to keep sinking into a never ending pit of low self-esteem.
because I looked to Allah, and He told me the perfect recipe to be Beautiful.
not just temporarily, but forever.




- sincerely, nia.
my mom raised me to be a righteous woman ^_^





Wednesday 26 September 2012

kita semua tough, sebab kita ada Allah ^__^ hoyeahh !

salam alaykum :)


bismillahirahmanirahim,
in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

firstly, saya nak kongsi this quotes dengan readers2 tersayang :)

' when you have a good relationship with Allah, you have a good relationship with the universe ' Allahuakbar.

super wednesday, hari baik buat saya :). Alhamdulillah dapat tahu yang carry mark for final okay. ^^
today has been superbly productive day out of entire week. Alhamdulillah, couldn't be more thankful to Allah. well I shall call it a day. :)




actually, entry ini khas untuk jawab persoalan kawan baik saya. ' macam mana nak berubah, bila kita pakai labuh-labuh sikit, orang kata kita bajet baik ' :)

dear, bila diri kita terasa nak berubah tu, alhamdulillah. hati kita masih hidup untuk rasai dosa dan pahala. just go on. Allah ada. bila kita buat sesuatu, kita buat kerana Allah. insyaAllah apa2 pun yang kita buat, Allah akan redha. apa sangat lah pandangan orang kalau nak di bandingkan dengan pandangan Allah. yes, mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu indah. but Allah shall grant us with His blessing.

kita semua sama, yang membezakan hanyalah takwa.

pentingkah nilaian orang kalau kita tahu apa yang kita buat tu Allah tak suka?

ayuh, tough kan diri. memang kita tak akan tough kalau kita tak yakin dengan Dia. try yakin, pasti kita akan rasa. punyalah besar ganjaran terhadap orang yang baik, jannah pastinya. so, teruskan. kembara mencari Allah. :)

selagi kita tahu apa yang kita nak buat tu betul dan tak melanggar syariat Allah, bangkitlah. kita semua tough, kerana adanya Allah.






sincerely, nia -
physically I am alone. emotionally I have my family. mentally I have you. but out of all, by heart and soul I know I have Allah. :)




Friday 21 September 2012

biasa di mata manusia , luar biasa di mata Allah .

salam alaykum !

alhamdulillah for today :)

sehebat mana pon perancangan manusia tetap tidak akan mampu melawan perancangan dan takdir Allah. Allah Maha Mengetahui segalanya :)

starting this week, saya dah mula sibuk. study week harus dilalui dengan sepenuh2 nya. tak boleh lagi waste time dengan benda lain. nak berjaya dalam imtihan ni. ^^ insyaAllah.

but, lets remember this first. bila kita buat tu lillahitaala, moga Allah yang menjadi penguat kita. kerana kita manusia terkadang alpa, lupa akan Ya Khaliq. yes, Allah is ar Rahman and ar Rahim. so, ketika susah ingat Dia, senang pun lagi lah kena ingat kan?


' Dia lah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. ' Al-Mulk : 23


pernah saya mengadu dekat kawan and i told her that my zaman pernah jatuh. zaman paling buruk dalam hidup saya. but hey, for sure Allah akan bagi pulangan yang baik dan berlipat belas kali lagi bagus. Allah knows best.

punyalah hebat orang yang redha, bila ditimpa ujian, mereka gembira. kerana mereka tahu, ujian tanda Allah sayang. ^^

kenapa sedih, stress, merungut, meraung dan mengamuk bila ditimpa masalah? seorang muslim sentiasa di uji, maka kembalilah pada Tuhanmu. jawapan pada semua masalah adalah dengan SOLAT & SABAR. mintalah apa jua pertolongan dariNya. insyaAllah akan dimakbulkan. believe me :)




ayuh jadi biasa di mata manusia, luar biasa di mata Allah.
ye sebab kita memang seorang hamba. bersederhanalah dalam hidup. tak ada guna hidup di pandang tinggi manusia, jika taraf kita di hadapan Allah belum tentu tinggi.

amatlah rugi jika berjaya di dunia, tapi akhirat entah ke mana.

Allah itu Pasti. walau sakit dan ujian berat mana menimpa, bila percaya padaNya dan redha, ketenangan hati & kebahagiaan abadi akan menjelma.


' nia..
stand up, move on and be happy. do something, Allah knows the best and He shall grant you the happiness you deserve to cherish. '

pssttt # doakan final saya :) Allahuakbar




sincerely, nia






Thursday 13 September 2012

why dont you return to Allah. your Lord. Allahumma

salam alaykum :')


sobahul khair? :)

alhamdulillah, masih bernafas.

' bila kita memulakan hari baru,
sepatutnya kita memulakannya dengan rasa syukur kerana tidak dimatikan semalam, agar kita belajar menghargai hari baru sebagai peluang. '

kehidupan ini ada harganya.
menghabiskan kehidupan dengan perkara yang tiada nilai di sisiNya, adalah tindakan yang mensia-siakannya.

so, return to Allah before we turn to Him.

islam itu bukanlah sekadar untuk diketahui.
ianya adalah untuk dipraktikkan.
islam bukanlah hanya untuk disebut-sebut,
tetapi adalah untuk dibuktikan.


kadangkala, kita lupa untuk kembali kepada Allah SWT.
kita lupa untuk memanggilNya.

betul bukan? saya sendiri pun begitu. T_T. Allah sebenarnya duga kita dengan sesuatu, untuk memberikan kita sesuatu yang kita tak sangka. just keep praying. Allah mendengar.




' bila kamu melihat 'kehidupan yang selama-lamanya' yang wujud selepas garis kematian, maka kamu akan melihat betapa pendeknya kepanjangan umur kita di dunia.
950 tahun pun akan terasa pendek.

kerana 'kehidupan yang selama-lamanya' itu akan terus memanjang dan memanjang sehingga 950 tahun pun kelihatan seperti titik kecil.

apatah lagi 60-70 tahun.
justeru bagi yang mampu melihat melepasi garis kematian, dia tidak akan mempersia-siakan kehidupannya.

sungguh berbaloi berkerja keras beberapa tahun, dan Allah kurniakan kita syurga yang selama-lamanya.
sungguh tidak berbaloi hidup penuh lalai dan alpa beberapa tahun, dan Allah lempar kita ke dalam neraka buat selama-lamanya. ' - HILAL ASYRAF




taubat yang bersungguh - sungguh itu pasti memulakan langkah pertama untuk kita pulang pada sang Pencipta kita. percayalah, Allah ada. Allah ada. yakinlah, teruskan usaha untuk dekatkan diri pada Azzawajalla :) khilaf yang lepas, jadikan pengajaran.


sincerely from me,
the servant of Allah. Nia






Wednesday 12 September 2012

believe, that you shall be happy and thankful

salam alaykum !




kadang - kadang apa yang kita nak, tak dapat kan? tapi ape yang kita tak nak itu yang kita akan dapat.

' boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ' .


keep praying :) bersangka baik kepada Allah. bertahan, Tuhan melihatmu, mendengar mu, bersama mu. sentiasa.

once you get stronger, be patient and have faith. your heart will get calmer bcs you know, Allah is here and everything is gonna be okay.

betul tak? bila kita da kuat tu, and kita yakin hanya pada kekuasaan Nya, datanglah segala jenis ape pun dalam hidup kita, pasti kita dapat tempuh right?
hey, hello. im in it. Allah Almighty. -.- .

say, Alhamdulillah. dalam hidup nie, kena selalu jugak pandang2 kehidupan orang lain. jadikan iktibar. penguat semangat untuk hadapi hidup.

everyday becomes better when we eventually learn better & get stronger. keep Allah in our moves, may He keeps us safe through this life.


lot of love, ^^



Monday 10 September 2012

hidup ape motif? lillahitaala

assalamualaikum. :)


Dream from our thoughts seems so wonderful. but when Allah turns it into reality, it is much better and beyond amazing.- i suka this quotes. remind me tentang sesuatu. *DB

especially, tengah buat program bersama rakan-rakan ' road to jannah '. this program senanye spesifik untuk remaja between 13 to 21. im glad to know that ramai yang dah inform and text saya untuk join this. this function di kendalikan bawah ' muslimat muda nisa ' kelantan ' group nie di kendalikan saya dan rakan-rakan untuk memberi usrah apabila ada yang col untuk event ape2 je yang bersesuaian. kitaorang akan bagi sermon for teenagers biasenyelah. sebab kitaorang still muda ^^

so sape2 yang nak join boleh la PM saya di fan page.
venue : restoran selera kita, KB
date : 31 oktober
time : 9 pagi - 12 tgh

kitaorang bagi doorgift. :) tajuk usrah ' bagaimana mahu menjadi wanita Qanitah-ayuh mengenal Allah'

insyaAllah, sama2 sampaikan yang mane patut. sharing is caring right? :)

mungkin bagi yang dok area luar atau jauh dari kb nie tak boleh datang, tapi hopefully this function boleh dijalankan dengan baik, Allahumma.

lets change first. together we start something new. forget the past. Allah knows best.




everyone can have a happy life when they know how to be grateful & try their best to think positive to God, people around and things happen.




astarghfirullah for my past , insyaAllah for my future , alhamdulillah for today :)

salam alaykum ! :')


selamat pagi, pagi yang indah dan tenang, cuma mata saya je tak berapa nak ' tenang ' . :D *mata panda okay ^^. semalam tidur pukul 3 pagi, memerah keringat, mengeluarkan kan tenaga yang super, duper giant besar untuk menyiapkan assignment. *ntah kenapa tetiba hiperbola pulak ayat #sila abaikan -.- , hewhew


semalam kan time buat keje tu, sempat lagi on9 jap. then saya buka fb kawan dakwah kat fb nie. ( on9 sempat je, ape kes nie, keje tak siapppp lagiii :D )



terjumpa la gambar nie. taraaa !
comel yang amat bukan? hehe. you know, sometimes we lose our way. somehow Allah always helps us find the right path again. insyAllah, selalu lah berpegang di jalan Allah. moga kita selalu mendapat redha Nya. jaga hubungan kita dengan Allah dan manusia. jangan sampai tinggal noda dalam hati. jangan sampai letak kan Allah di posisi belakang. jangan sampai cinta manusia menerajui hati kita. sabarlah, yang halal itu lagi indah. binalah kelurga sakinah mawaddah dan warrahmah ^^. *pheww, macam buat usrah pulak :D


i want to be a good daughter, a loyal wife and a responsibility mother who can guide her kids in way to obtain Jannah. InsyaAllah :')

oh okay, satu lagi tak lupa jugak. ehem2. readers, do please make a du'a for me. im in final exam mood. -.- bila tengok orang lain hebat, saya pun nak jugak jadi hebat. bila tengok orang lain berjaya, saya pun nak jugak macam tuu. thats why saya buat solat malam, kuatkan diri dengan berdoa. Allah tak tinggal hamba yang selalu ingat Dia. manjadda wa jada for me, and also for those yang nak exam. :)

percaya pada janji Allah. teruskan berdoa, tingkatkan usaha kita untuk nak dekatkan diri dengan Allah day by day ye kawan2 saya yang ohsem ye? :D * sambil buat muka innocent with my gigi rabbit ^^. yang lepas saya jadikan pengajaran, insyaAllah pada masa akan datang saya buat lagi baik dan alhamdulillah untuk hari ini ^^




lot of love, bunnynia :D




Monday 3 September 2012

ye, cinta itu sangat indah. bila kita buat tu, lillahitaala :)

salam alaykum ! :')


I need to change my ways instead of always being weak. #tetiba keluar ayat cenggini.
seriously, dua tiga hari nie kita mcm xde mood :( oh okay, mestilah sebabb this week penuh dgn aktiviti. badan penat. longlai -.- phewww ! esaimen ntah ke manaa, nota2 semua dok bawah bantal tidur. *konon sebelum tidur tu nak baca dulu. KONON OKAY? hehe :D


belek punya belek buku, nia terjumpa gambar mase pegi event kawen member rapat nia yg dari sekolah rndah lagi. *die 19 pun da kawen, nia plak bila? nia bila? hehe, :D tetiba nia jadi childish ^___^. she wear a niqab. cantik kan? and then dielah satu2 nya yg berniqab antra ramai punya ramai kwn nia. *macam ramai ^^


she told me 'Whosoever pursues a path to seek knowledge, Allah will thereby make easy for him a path to Paradise'. this ayat is come from sahih muslim. kawan yang sorang nie memang suka berbagi nasihat dgn nia and ktaorg memang selalu exchange pndapat tentang ape2 je mengenai kehidupan, here n after.


im proud of you dear sahabat. thanks for always there for me even kita jauh. take care of yourself. uhibbuki fillah sahabat T_T


memang xsangka die da happily married. hari tuu dapat col dari die. jemput dtg to her solemnization and sampai hari nie, nia masih xpercaya die da bina masjid with her lovely zauj, yg sekarang tgh further study kat Irbid, Jordan. your encikk suami sgt awesome and memahami bila tgk kita sibuk berbual sampai lupa die *sbb mmg kita tgah rndu awk ponnn kawan.

'kawen muda sgt bnyak manfaat nye bila kita tahu tanggungjawab and as the zaujah, u need to know what is the haram and halal things that you xboleh buat after nikah. nia, i lovee you and i just want the best for you.'


kami saling bermonolog dalaman skejap. think about future actually. ' jgn salah memilih '. die nasihatkan lagi. then saya bersuara ' love is when we feel their existence by heart even though they are not there, infront of us. We can't see Allah but we know He's always here '.
same goes with our lovely prophet muhammad. die menyambung and tersenyum. faham.

islam xlarang kita bercinta. tapi biarlah pada halal jalan Nya. pegang this as nsihat :)

things don't easily get better, we're the one who feel better to handle matters & Allah makes things better for those who are patient.

' sabarlah, your bakal iman akan cari awk. if da ada, bawalah sehingga ke hujungnya. protect your love story from sin '. she said again. insyaAllah sahabat :DD. thnks Allah for giving me shbt yg sgt memahami. Allahurabbi


lebih manis bila kita menyelusuri indahnya cinta manusia saat halal, saat semuanya di dalam redha illahi. lagi manis bila setiap kali bertentang mata, ia membawa pahala yang tiada hujungnya. jarak itu menjaga kita. :)










Sunday 26 August 2012

alhamdulillah for everything Allah . saya bahagia dengan hidup saya. :)

assalamualaikum ^__^



habis sudah episod raya. kunjung sana kunjung sini. and now, masa untuk turn off mood raya. turn on balik mood test, kuiz, and esaimen yang okay, sangat banyak dan melambung tinggi atas meja niaaaaaa !!!

*hati terasa berat nak balik uitm esok :(

tadi after penat pack barang dlm luggage, *konon banyak :) , nia sempat duduk and berbual dgn my umi terchentaaa ^^ then sambil tu kitaorang brbual pasal my aunt punye solemnization yang baru lepas, i mean hari raya kedua hari tu. alhamdulillah semuanya berjalan lancar and her function actually tersangatlah grand. dengan family nya yang semua balik, xkira la dlm atau luar negara. nia la yang eksaited kemain. org lain punye majlis, nia pulak sebokk interframe dlm pic2 yang di ambil jugak oleh my pak cik yang ohsemm. ^^

then lpas ckp2 tu, umi bersuara ' Strong relationship with families is also a gift from Allah. Not everyone has it. i love my lil daughter, from the first day i hold you and till the times when i will let you go with your imam, im your mom. *hugs T_T

terus la air mata cik nia pun jatuh atas bahu my mom. :( uhukk, touching bila umi ckp cenggitu. along sedar umi yang hidup along memang di kelilingi org2 yang sgt rapat dan syg kan along, and thats why i've told you that, I'm in love with The Creator . I'm in love with those people HE Had given me in my life. Allahurabbi.

One of the best idol and most amazing woman i've ever met is, my umi. ^^

dikurniakan family yang besar, then semuanya rapat dan manjakan nia, sangat lah bersyukur. sahabat2 yang sangat memahami, ' WELEO ' , WE LOVE EACH OTHER. raya tahun depan kita gathering lagi ye :)







Saturday 18 August 2012

selamat tinggal ramadhan , welcome syawal :)

salam alaykum ! :')

alhamdulillah, selesai sudah umat islam mengerjakan ibadah puasa. semoga ibadah kita di terima hendaknya, Allahurabbi.

sedih? ye, sape yang tak sedih bukan? entah kita masih ada atau tidak pada ramadhan yang akan datang *tetiba kita rase touching, uhukkk :(

tadi saya di kejutkan dengan ' bom atom ' buatan anak jiran. hoho. macam nak terkeluar jantung nie ha. nasib baik tak terbantut nak taip entry baru for this malam raya.
aihhh, nie pon saya macam rase duduk dalam medan perang, ohhoiii -.-
budak - budak yang ohsem lagi kiut dan tercomel abad ini, sila bawa mercun anda ke tempat lain sebelum akak yang lagiii ohsem berlipat puluh belas ratus nie membuanggg nya *kejammmm tahap komunis :DD hikhok


rumah nenek mesti meriah yang amat. mana tak nye, semua uncle n my aunt balikk memenuhkan ruang rumah nenek. oh kay, crowded kottt !! but hey, its so nice and happening kan? this is orang panggil pengalaman raya ^^


psstttt #along nak duit raya lebihhhhh pelisss *sambil tergedik-gedik buat muka innocent :DD wkwkwk. okay, just a short entry for malam raya. a lil bit busyy with my chocolate cake.

buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan hati. moga syawal ini akan memberi kan kita seribu makna, dan membawa diri kita ke arah yang lebih baik. wallahualam ^^





lot of love, nia






Thursday 9 August 2012

Allah , parents , life , cita , cinta :)

assalamualaikum ..

Bismillah, Praise be to Allah the creator of all the creations, who is eternal and exists without a place, we ask Allah to raise the rank of Prophet Muhammad and his kind Aal and companions, thereafter.

kali nie saje buat entry combine semua sekali. sebab lepas nie takut da tak terbuka blog nie. yela nak raya, sibuk kan, hewww *aishhh terlebih sudahhh, hehe


sedar tak sedar ramadhan da tak sampai seminggu pun lagi nak tinggalkan kita :( kejap bukan? moga di ramadhan yang akan datang, saya masih ada di muka bumi ini, bernafas sebagai khalifah Nya .


Allah Almighty :)


saya memang suka pegang this quotes ' be content with what Allah has given you, and you will be among the richest of people '


umi abah, doakan kejayaan along. T__T * tetiba mood touching :( . well final da dekat. sebelum raya memang happy and semangat terlebih kot nak balik. tapi buka je cuti raya, hmm, tak payah cerita. yang nie nak submit, yang tu nak present. aigooo -.- . ape - ape pun obstacles yang bakal along hadapi, hope umi abah selalu ada dengan along . :)







saya juga mahu jadi hebat macam orang lainnnnnnn ! jyeahhh. hewhew, kemain lagi *tone macam nak teriak :D .
insyaAllah. manjada wa jadda . yang penting kita tahu ape yang kita nak kejar dalam hidup untuk kita bawa di dunia jugak ke akhirat.






dicintai dan mencintai? itu lumrah manusia :) to be in love with someone who know how to cherish you is the best things in life lah kan? semoga Allah mengurniakan saya seorang lelaki yang mampu membimbing saya untuk sama - sama mencari redha Allah . ameen .

lot of love, nia