Wednesday 6 August 2014

Update !





Salam alaykum people.

Busy?
Busy.
Busy.


Sometimes you need to be alone. Not to be lonely, but to enjoy your free time being you and yourself. And yes, time flies so fast. 

Kejap je puasa, kejap je raya eh eh tetiba kejap lagi dah nak habis bulan syawal. Allah, cepat betuii.

Kita ni kalau bab masa, takyah cakap orang, aku sendiri pun takleh nak move on lagi dari gagal manage masa ni. MashaaAllah sister, hurgh.





Felling blessed.



Sekarang ni takde dah isu lagi penting dari Gaza.
Takde dah yang lebih orang nak tahu melainkan 'Gaza, Gaza, Gaza'. Allahuakbar.
Syukur. Sebab masyarakat dunia bukak mata. Yang Islam dengan doa tak putusnya, yang bukan islam dengan cara dorang subhanallah, tengok bagaimana dugaan yang Allah beri dekat rakyat Palestine, tapi dalam masa sama Allah kumpulkan kita semua atas tujuan yang satu. Binasakan Israel Laknatullah.


Bersyukur dengan keadaan kita, buat hati kita lagi dekat dengan mereka. Walau takdak kat sana, tapi doa kita inshaaAllah sampai pada mereka. Sebab kita yakin pertolongan Allah itu ada.



Mata mana yang tahan tengok budak di sembelih?
Jantung mana tak rasa nak luruh, gadis sebaya di rogol kejam?
Otak mana boleh terima, perempuan mengandung di cincang lumat?
Mulut mana boleh berhenti lafaz 'Astaghfirullah' kalau masjid di bom?




Zalim zionis nyata tertulis dalam Quran.
Allah saja yang faham betapa kita risau. Betapa kita turut khuatir. Betapa kita pedih tengok mereka. Moga moga risau kita, prihatin kita, di sertai jugak dengan doa yang tak putus buat mereka.

If Allah answers our prayers, He is increasing our faith.
If He doesn't, He is increasing our patience.



Teruskan usaha kita. Yang mana mampu boleh salurkan bantuan. Derma tak banyak takpe, walau sikit tetap imbuhnya besar. Boleh klik sini, Aqsa Syarif Berhad untuk donate -- http://www.aqsasyarif.org.my/v3/

Yang terpenting, kita buat lillahitaala. Nak boikot ke demo ke apa, tu cara masing2. Peace|Justice|Love. Palestine will be free. InshaaAllah Taala.





My name is Nia Razlan. I reside in Malaysia and I #SupportGaza

Friday 27 June 2014

Bukan sayembara.

Salaam brothers&sisters.


Update ini tidak punya perkaitan langsung tentang apa yang berlaku apa yang jadi pada aku atau orang lain. Ia semata cuma satu ayat yang aku fikir dan terlumrah dari hati. 
Moga di balik tiap tiap ayat yang terlintas di kotak fikir aku, semuanya berkait dengan Maha Pencipta, manusia dan kehidupan. Yang tidak pula sia sia untuk kalian. Yang berbaloi aku sebarluaskan kalau nyata ia baik. Allahu musta'an.








'Kalau manusia itu tidak bergraviti, maka aku lah yang terapung bebas di muka langit. Sepertinya tidak punya halangan'.








'Konkrit diri. Definisi mudah bagi sosok manusia yang mencuba teguh di balik retina manusia lainnya. Tanpa bersandar pada apa apa melainkan Tuhan'.








'Jika saja rasa ini berkilogram, maka rindu aku lah yang paling berat. Panjangnya 6 harakat. Di ukur tinggi pula ia bertingkat tingkat'.











'Yang namanya jodoh itu ia berpisah berbatu batu waima bernautika tapi tetap ketemu di akhirnya'.











'Berderap derap jauhnya aku tinggalkan Tuhan, tapi tetap Dia mendekat, jarak tak berinci. Terlalu amat dekat'.








Nah, ini saja.

Monday 9 June 2014

A journey.

Salam alaykum people.
     Bismillah.


MasyaaAllah, terlalu banyak yang berlaku sedari celik mata awal awal pagi, lalui saat saat yang Tuhan pinjamkan, terasa betapa sayangnya Tuhan pada kita. Untuk setiap yang berlaku, di sertakan hikmah. TERIMA KASIH ALLAH. Couldn’t ask for anything more than all of the blessings I've already received.  Dan sebenarnya hati penuh debar. Hati penuh gentar. Wallahi.




Sabar dulu.
Lek lu.




Sudah terlalu lama, last last ambik titik noktah jugak. Fikir panjang, SIYES ! Bulan penuh beralih separuh beralih ke penuh semula. Nak bagitahu lamanyaaa fikir LOL. InshaaAllah, inshaaAllah, inshaaALLAH akan meneruskan menulis semula, merobek semula ayat ayat dalam manuskrip yang dah lama perap tak silap last berhenti tulis masa sebulan sebelum SPM 2010 (sebenarnya aku ada jugak belek intai intai sebab tak ikhlas bila terpaksa perap tapi sebab spm ku korbankan mu).





Bila stalk web Buku Prima, http://www.bukuprima.com.my/kerjaya.asp dan nilai sikit sikit kriteria dia, ceyyyy hati bunga bunga jap konon mampu lah tulis sebanyak tu kennn tapi agak nak siap tu, mungkin makan masa. Kena focus on study, at the same time minat ni dah tak boleh perap. Syarat dekat Syarikat Penerbitan Karangkraf Alaf 21 pun tak jauh beza, dia lebih kurang je so inshaaALLAH. Cakap pasal nak tulis, jalan cerita ke apa, yess kita memang dah set siap2 dalam kepala and kadang, ending dia tu dah boleh garap dulu. Aku pun tak tahu lah kenapa pelik benar pikiran aku ni jangkau ke ending dulu. Untuk terima atau tak, yang tu kita memang kena siap awal awal kalau kata tak diterima oleh syarikat penerbitan. Du'a, struggle, du'a, tawakaltu Alallah.





Alhamdulillah, sekarang ni pun tengah menggarap idea yang makin malam makin tumpul mana nak gali ayat nya plot nya lagi, agak terabur. Perlu lebih cool sebenarnya, cool ambik mood. Sebenarnya ummi lah paling support. Ummi lah paling faham minat anak dia sebab dulu time kecik selalu kena paksa layan anak dia suruh beli note book besar punya. Soooo ummi lah manusia yang Tuhan hadiahkan untuk aku, yang paling faham selain dari dukungan orang keliling (family&sahabat terchentaa semua).





Aku percaya ni 'not everything happens the way we want it to, but there's always a reason, even if we don't like it'.
Kalau Tuhan kata kunfayakun, inshaaALLAH lahir lah novel sulung ni, kalau tak makanya tak. Mungkin Tuhan ada ketetapanNya yang lain yang pastinya terbaik untuk aku. Aku harap Tuhan bantu, Tuhan berkati.




الله اكبر







Wednesday 30 April 2014

Helloo wednesday morning !

Hey assalamualaikum.



I enjoyed my holiday so very much. Hahaha. (Okay bakpo dengan mu nia awal awal mu suko doh?) Sebenarnya takde la kata enjoy sangat sebab still sibuk dengan 'rumahtangga' as usual sebab nya kakak sulung, alaaaa you know, haaaa? Tapi itu yang manis, letih gua cakap kat lu tapi itu yang buat happy sebab apa pun, berkhidmat untuk family, walau sebenarnya tak nampak besar sangat pun benda tu, tapi masa, precious luang dengan family, itu yang terpenting.



Ada lah satu dua kawan kan yang promote kat aku 'okay nia why not you try hantar manuskrip ke apa kan tak kisah la dekat karangkraf ke atau mana mana syarikat penerbitan yang lain' sebab aku rasa lah kan diorang pun dah serabut aku duk buat cerita pendek sokmo pastu aku duk bebel mende entah dekat twitter/setagram. LOL. Ada, ada tu memang ada perancangan. Lama kot dah simpan hasrat ni dari zaman dedolu lagi zaman first ada blog, tu aim sebenarnya. Tapi bila buat tu, start je nak buat, kadang ilham mati terus kat situ. Yelah, takpe aku just buat/usaha, pasni if Tuhan bagi ilham, inshaaAllah benda ni jalan. Aku yakin tu je, tak cepat, lambat. Watlek.



Another year has passed by. How fast time flies. Ya Tuhan, nikmat banyak Kau beri Sepanjang aku hidup, terlalu banyak. Terima kasih untuk segala apa yang Engkau beri pinjam dekat aku, kasih sayang mak/ayah&adik beradik, sahabat, nikmat yang hari2 aku dapat, tak terkira. Adik adik yang kelilingi aku, orang yang aku tak kenal, even aku tak pernah jumpa apa semua, still doakan aku hari2. Tu dah terlalu buat aku rasa di hargai. You guys rock my world !! Alhamdulillah. I didn't blog much about my life. Nantilah kalau kata nanti aku nikah, aku reveal hahaha. Tu 'kalau'. Setepek gambar dengan seketul nia di dalam tu, dengan family, husband, anak. Eh. Swaggggggggg!



Dan walau apa pun kau nak buat, kau rancang, Tuhan jugak sebaik baik perancang. Janji kau letak Tuhan nombor satu, inshaaAllah yang lain will be bereh sokmo takdok masalah. Hoo gitu, deh? Aku doa biar Tuhan rahmati semua yang aku kenal, Tuhan maha kasih, maha cinta. Allahu musta'an.




Favourite place everrr !


Friday 11 April 2014

Will you be with me forever?

Tiap manusia itu Tuhan beri rasa cinta.
Tiap orang itu punya hati untuk di jaga. 
Tapi bukan pada semua nak di jaja.

Aku pesan ini untuk diri. Wallahi, jugak untuk semua. Sungguh kalau kau punya sekeping hati, pertahankan dari di remukkan cinta picisan yang belum tentu janjikan kau bahagia. Tuhan itu maha kasih. Maha cinta. Takpe kau sakit sikit. Takpe kau bertahan sikit. Tuhan beri yang lebih. Kau tak pernah sangka. Sekelip mata. Sebab apa? Sebab kau pegang satu saja, Tuhan tak pernah bohong. 


Dan cinta sejati itu datang saat kau benar benar mencintai Tuhan mu.


Kalau betul kau cinta, minta pada Tuhan.
Moga Tuhan jaga dari mencintai orang yang salah.

Kalau benar ikhlas itu datang dari hati,
maka pertahankan.

Kalau jujur kau mahu, mohon pada Tuhan.
Buka jalan untuk kau temui cinta sampai syurga.



p/s : Barakallahu fikum kawan baik yang dua orang bakal nak nikah bulan mei ni. Love after nikah, full of barakah. Trust me, someone who loves you, deserve your time, deserve your effort, deserve your smile, to be with you, to seek Him with you, together, here and after.





Friday 31 January 2014

Random Update : 2014

Assalamualaikum.

Gahhh, rindu nyaa belog ! Last update 2013 dah ni tiba tiba dah 2014 wuwuwuw.

Banyak cerita nak tulis banyak benda yang nak kongsi but sometimes when semua campur aduk dalam kepala, I was like aaaa biarlah dulu tulis saja apa yang came out dekat kepala. InshaaAllah beri/share benda baik baik saja.















Dalam hidup kita kena ada reminder. Bukan sebab kita alpa. Bukan sebab kita jenis kena terhantuk dulu baru nak gigih bangun balik. Tak. Tapi sebab kita perlu pada bimbingan. Perlu bergantung pada orang sekeliling sebab hidup kita bukan sorang sorang. Perlunya pada teguran. Nasihat. Tak banyak pun sikit, at least beri rasa yang kesannya sampai ke hati.

Semua orang impikan jalan cerita hidup yang indah indah baik baik saja. Semua orang macam tu. Tak nafi aku pun. Ada masa nak gelak, ada masa nak suka suka tapi ada masa bila fikir balik Ya Rabbi ada je benda yang macam bawak kepada lagha, banyak. Terlalu. So time macam ni family, kawan, memang main role dia masing masing. Bila kita minta tu, minta supaya tegur kita ke apa, mereka macam bagi spirit baru. Jangan down. Don't be like that. Terima nasihat. Lapangkan dada. Yang sayang kita, yang nak lihat kita elok, dia lah penasihat paling ikhlas. Terima, walau macam susah kita nak buat, tapi benda baik ni kita kena ambik simpan letak kat hati dan fikiran.




TUHAN lebih kenal kita. Berbanding KITA.




Diri kita.
Bukan semuanya betul.
Separuh mungkin elok.
Separuh mungkin buruk.

Yang elok kita perelokkan lagi.
Sebab nanti kalau kena cela, 
Payah jadinya.
Yang buruk, kita lepaskan.
Lepaskan kerana itu lebih baik.
Lepaskan dalam konteks 'ubah'.
Buang.
Buang kerana adanya BISA memudaratkan.
Menyusah payahkan diri yang sedia payah untuk mujahadah.







Minta pada TUHAN.
Minta yang baik saja untuk KITA.