Thursday, 4 August 2011
seindah hiasan adalah wanita solehah
Dari jauh ku melihat raut wajahmu…
Tunduk memandang bumi yang luas,
Gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan.
Namun kau mampu mengharunginya
bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu.
Meski pun kau dicaci dan dimaki… Ditaburi fitnah…
Namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu,
Kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman
dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini.
Bagi mu Al-quran sebagai hiburan,
As-sunnah menjadi amalan
dan rumah sebagai tempat perteduhan
dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.
Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati.
Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu.
Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah…
sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan. kalimah Allah..
Gadis Ku..
Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida
Dan yang paling melembutkan hati….
Tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati.
Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu,
Kau tunduk memandang bumi…
Mengingatkan ku tentang firman allah swt:
"Wahai wanita–wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,"
Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw.
Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap….
dibalut dan disimpan ditempat yang selamat.
Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat…
bibirmu berzikir mentilawah Al – quran, tahajjud , witir
dan amalan – amalan istiqamahmu.
Jauh disudut hatiku aku bangga
dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu
dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.
Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ...
kutitipkan firman Allah swt buatmu…
" Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat."
Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …
Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment