Monday, 8 August 2011
wanita perlu berjihad
Sememangnya kaum wanita itu mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupannya. Kerana wanita itulah ibu, wanita itu jugalah seorang isteri , anak saudara, teman dan rakan. Jika baik wanita itu, maka baiklah juga masyarakatnya.
Tetapi malangnya ramai kaum wanita yang lupa dan tidak tahu bahawa mereka juga mempunyai peranan yang penting dalam mmbantu memperjuangkan agama, ataupun BERJIHAD. Tetapi bagaimanakah skop jihad itu bagi kaum wanita? Adakah perlu mengangkat senjata dan berperang di medan jihad?
Jihad itu menurut bahasa adalah:
“Mengerah kekuatan dan apa yang termampu”
Sedangkan mengikut syara’pula:
“Melawan orang-orang kafir, mengajak mereka masuk ke dalam agama islam yang haq dan memerangi mereka jika menentang untuk menerima islam.”
Manakala Ibnul Qayyin Al-Jauziyah rahimahullah menyebut jihad itu sebagai perjuangan menegakkan Islam dengan cara Islam. Dan beliau membahagikan jihad itu kepada empat tingkat:
1. Jihad melawan nafsu.
2. Jihad melawan syaitan.
3. Jihad melawan orang-orang kafir.
4. jihad melawan kemungkaran dan orang-orang zalim.
Jihad Melawan Nafsu.
Jihad ini juga terbahagi kepada 4 :
1. Jihad untuk mempelajari ajaran islam yang benar.
Setiap muslimah itu mempunyai tanggungjawab sebagaimana juga kaum lelaki. Seperti di dalam hadtith riwayat Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah:
“Sesungguhnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki”.
Dalam sebuah hadith yang lain pula Rasullullah Salallahu A’laihi Wa Saalam bersabda:
“Menuntut ilmu adalah kewajipan setiap Muslim” (H.R Ibnu Majah)
Kewajipan menuntut ilmu itu ternyata diperintahkan secara umum kepada semua Muslim samada lelaki mahupun perempuan. Antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu asas dalam agama iaitu aqidah,hukum solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Ilmu ini ternyata amat penting untuk difahami dan dipelajari oleh kaum wanita khasnya kerana dilihat pada masa kini kaum wanita sering kali melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada syirik juga khurafat. Hanya kerana ceteknya pengetahuan dan ilmu mereka dalam hal agama. Jika kita lihat adat-adat dan budaya melayu yang selalunya dihidupkan dan diamalkan oleh kaum wanita, kebanyakkannya termasuk dalam perkara bida’h yang sesat juga mempunyai unsur-unsur khurafat. Ini semua tidak lain berpunca kerana tidak mempunyai ilmu. Cuba bayangkan jika nanti kefahaman dan amalan yang salah itu diturunkan pula kepada anak-anak dan keluarganya, maka rosaklah agama dan aqidah masyarakat.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyebut:
“Mempelajari ilmu agama tentang kewajipan agama, halal dan haram adalah fardhu a’in”
Bermaksud bahawa menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ai’n iaitu wajib. Oleh itu sudah menjadi satu kewajipan kepada kita semua umat islam untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut, tidak kira lelaki mahupun wanita.Tiada pengkhususan hanya kepada kaum lelaki sahaja tau kaum wanita sahaja. Semua orang Islam wajib mempelajari dan menuntut ilmu.
Malah Saidatina Aisyah Radiyallahu A’nha sendiri dikenali dengan kecerdikkannya dalam pelbagai ilmu. Beliau juga seorang wanita dan isteri tetapi perjuangannya dan perananannya dalam menyebarkan ilmu dan islam tidak pernah tersekat mahupun terhalang. Sehinggakan beliau sering menjadi rujukan orang ramai. Urwah Bin Zubair dari ayahnya mengatakan:
“Saya tidak mendapati seorang pun yang lebih pandai dengan Al Quran, perkara-perkara fardhu, halal dan haram , syair, perkataan arab dan nasab daripada Aisyah Radiyallahu a’nha“.
Jadi pemikiran bahawa wanita itu tidak perlu untuk menuntut ilmu sampai ke tahap yang tinggi amat salah sekali. Ilmu itu dituntut bukan inginkan segulung ijazah, tetapi untuk menjadi panduan dalam hidup kita seharian. Biarpun nanti wanita itu tempatnya hanya di dalam rumah, tetapi dalam urusan menguruskan keluarga seharusnya juga perlu kepada ilmu. . Bukan hanya tertumpu pada ilmu keduniaan sehingga mengabaikan terus ilmu agama dan akhirat yang merupakan penyuluh jalan kehidupan kita di dunia ini. Andai tiada cahaya penyuluh itu,maka akan kegelapan dan tersesatlah kita dalam perjalanan hidup kita.
Malah ilmu juga amat penting dalam setiap amalan kita. Kerana setiap amalan itu seharusnya bertunjangkan ilmu. Kita semua perlu tahu dan faham kenapa perkara ini perlu dilakukan.Adakah ia bertepatan dengan syaria’t islam atau tidak?
Seperti di dalam sebuah hadith Rasulullah Salallahu A’laihi Was Salam bersabda:
“Tanpa ilmu semua amal kebaikan yang kita lakukan akan ditolak (HR Muslim).
Allah juga ada berfirman:
”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya…” [Al-Israa’:36]
Seperti kebanyakkan orang awam walaupun tidak mempunyai kemampuan memahami hukum hakam agama dengan baik dan hanya bergantung dengan ilmu dan ajaran dari guru, mereka juga tidak seharusnya hanya mengikut begitu sahaja, malah digalakkan juga bagi kita untuk mencari dalil dari alquran dan hadith untuk meneguhkan lagi keyakinan dan membenarkan lagi ilmu yang dipelajari.
Ingatlah, bahawa segala usaha dan kesusahan kita dalam usaha mendapatkan ilmu juga akan mendapat ganjaran dari Allah. Seperti di dalam sebuah hadith:
Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” [Bukhari-Muslim]
2. Berjihad untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki setelah mempelajarinya.
Apabila ilmu sudah penuh di dada, kewajipan dan tanggungjawab seterusnya sudah pasti adalah mempraktikannya dalam kehidupan seharian.Ada pepatah mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Misalnya jika sudah tahu, menutup aurat itu wajib, maka wajiblah bagi kita untuk memakai tudung, dan berpakaian yang sopan menepati syaria’t. Begitu juga apabila sudah tahu bahawa ibadah solat itu wajib, maka wajiblah bagi wanita itu untuk tetap dengan solatnya 5 kali sehari tanpa melengahkan atau sengaja meninggalkannya. Ini lah yang dikatakan ilmu dan amal.
Dalam sebuah hadith dari riwayat Ad-Dailami ada menyebut:
“Seorang alim yang tidak beramal seperti lampu yang membakar dirinya sendiri”
Sebaliknya jika orang yang berilmu itu mengamalkan ilmu yang dipelajari, ganjaran pula yang akan diterima seperti firman Allah dalam surah Al Buruj:
“„Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah
keberuntungan yang besar”
Malah banyak lagi ayat-ayat AlQuran yang menceritakan tentang ganjaran kepada orang berilmu dan mengamalkannya. Oleh itu, berusahalah untuk berjihad dan berusngguh-sungguh untuk mengamalkan dan mempraktikannya dalam kehidupan kita.
3. Berjihad untuk menyampaikan ilmu tersebut.
Setelah ilmu dituntut, kemudian di amalkan, tidak lengkap jika ilmu itu tidak disebarkan dan dikongsikan bersama orang lain. RasullullahSallahu A’laihi Was salam pernah bersabda:
“Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya
adalah sedeqah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi
ahlinya di dunia dan di akhirat. “(HR. Ar-Rabii’)
Baginda bersabda lagi:
“Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu daripada solat sunat seratus rakaat. Pergi mengajarkan satu bab ilmu lebih
baik daripada solat seribu raka’at. ” (HR. Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain pula Rasullaullah Salallahu A’laihi Was Salambersabda:
“Sesungguhnya Allah, para malaikat,para penduduk langit dan bumi, sehingga semut-semut didalam lubangnya, juga ikan-ikan di lautan, semuanya mendoakan seseorang yang mengajarkan kebaikkan kepada manusia”(H.R At Tirmidzi)
Inilah dia kelebihan dan ganjaran bagi orang yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Sebaliknya pula jika ilmu itu disimpan dan dirahsiakan, Sabda baginda:
“Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu dirahsiakannya maka dia akan datang pada hari kiamat dengan kendali di mulutnya dari api neraka.” (HR. Abu Daud)
Tetapi kita sebagai seorang wanita, tugas dalam menyebarkan ilmu, tidaklah dalam lingkungan yang luas dan besar seperti kaum lelaki. Mulakan dahulu dakwah kepada ahli keluarga terdekat terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Luqman Al- Hakim yang mengajarkan kepada anaknya tentang larangan mempersekutukan Allah.
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” [Luqman:13]
Jadi, cukuplah jika wanita itu menumpukan dakwah dan penyampain ilmunya terlebih dahulu kepada ahli keluarganya. Kemudian kepada saudara dan kenalan rapat. Sampaikan kepada mereka semua tentang ilmu-ilmu yang bermanfaat dan ajaklah mereka kepada melakukan amal makruf dan ingatkanlah mereka agar menjauhkan kemungkaran. Usaha ini juga adalah satu jihad membantu agama islam. Biarpun dalam skop dan lingkuangan yang kecil, sesuailah dengan kemampuan dan kudrat seorang wanita.
4. Berjihad dengan sentiasa bersabar ketika menyampaikan ilmu dan dakwah.
Perjuangan menegakkan islam itu tidak pernah melaui jalan yang mudah. Penuh duri dan liku seperti yang dialami oleh rasul-rasul ulul a’zmi yang terdahulu. Tetapi hanya kesabaran yang membantu menguatkan dan meneguhkan semnagat mereka dalam usaha dakwah dan menegakkan islam. Kerana itu, Allah membalas kesabaran setiap hamba-Nya dengan ganjaran yang tidak ternilai.
“Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah yang dicukupkan pahala meraka tanpa batas.” (surah Az-Zumar:10)
Seperti mana usaha kita dalam menasihati anak-anak, suami dan ahli keluarga yang lain, pasti tidak semua yang kita sampaikan akan diterima terus oleh mereka. Lebih-lebih lagi wanita ini apabila bercakap sering kali dikaitkan dnegan berleter. Ternyata kesabaran sahaja lah yang menguatkan semangat kita untuk tidak jemu menasihati dan berdakwah kepada mereka insan-insan tersayang.
Begitu juga sesama rakan-rakan, tidak mudah untuk menegur teman sendiri. Malah berdakwah kepada teman terdekat adalah yang paling sukar sekali untuk dilakukan. Jika tersilap, mungkin ikatan persahabtan yang terjalin sekian lama boleh terputus. Malah kita juga berkemungkinan akan dipulaukan dan dimusuhi oleh teman-teman lain yang tidak berpuas hati dengan teguran dan nasihat yang kita berikan. Tetapi, sesukar mana pun usaha kita, itu lah jihad kesabaran yang perlu kita lakukan jika benar-benar kita ingin membantu agama.
Seperti di dalam firman Allah:
“Demi masa.(1) Sesunggungguhnya semua manusia berada dalam kerugian.(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholih. Saling berpesan kepada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. (3) (Surat Al-‘Asr : 1-3)
Semoga kita semua tergolongan dalam golongan ini, golongan yang beruntung. Iaitu golongan yang beriman dan beramal soleh yang menegakkan kebenaran dengan membantu agama Allah dengan penuh kesabaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment