Saturday, 27 April 2013

Random Update, Abah's birthday, Istiqamah.

Assalamualaikum.

Ekceli, punyalah lama agak-agak sebulan dah lepas birthday abah kesayangan. But then biasalah, anak dia kan memang sibuk manjang. Hikss. Chenta nya along kat abah, Allah je tahu. Etlis walaupun lambat update pasal abah kat blog, diri ini orang yang first wish nya haaa. Ahaa bangga gettew :D * Kening-kening.




I still feel like I'm 2 years old but whenever I look at my ID, it says 1993. Agak sadiss lah. But whatever it is, I'm still abah's little girl. Hewhew. Amsori abah, tak dapat bagi hadiah grand2 punya tapi abah lah lelaki terspesel dalam hati ni hah, bangga kan abah? * Jalan kuis tanah.

Selamat 39 Tahun abah Nia. Abah nia yang baik. Kawan nia yang paling sejiwa. Abah yang suka buli Nia. Abah tempat dengar masalah. Abah lah yang paling memahami anak dia ni. Thankyou so much abah for everythings. Abah yang paling kachak sedunia. Inche abah, moga Allah murahkan rezeki abah, lindung abah dunya wal akhirat. Aminn. Doa sungguh-sungguh kat abah. Centuhaa -.-

Duduk jauh kat kampus, selalu rindu abah ummi. Tapi kalau rindu, tembaklah dengan doa. Setail gettew. Ahaa. Habis semua tentera dalam hati ni terkorban bila berperang dengan seorang penjenayah bernama rindu. Ekeke, ayat tu kasi klasik sikit. Okay dah. -.-

Ekceli kedua, sebenarnya bila bercakap pasal istiqamah ni, diri ni pun takut. Bukan apa, kadang kita tahu iman kita ni naik turunnya macam mana. Tapi terpulang kita lah kan nak handle kasi upgrade balik macam mana. Hacamtuu. Saya cuma berkongsi apa yang patut yang dirasakan perlu. Tak bermakna yang menasihatkan tu pun tahap iman dia dah tentu okay. Tak tak. Bukan. Dai'e ni kadang futur jugak. Tersungkur lemah. Tewas. Bukan tak pernah buat dosa, tapi dia yang cuba bangkit dari lumpur dosa. Lari laju-laju menuju sorga, andai tersadung di tengahnya, bangkit, sapu luka dan sambung berlari. Ni setail !


ISTIQAMAH? APA? MACAM MANA? Blerghh

Pestime rasa semangat tulis entry pepanjang.
Tajdid ( yakinkan ) dalam hati bahawa apa pun yang kita nak buat, selagi benda tu tak melawan apa yang Allah pesan, go on. Buat. Jangan pedulikan kata orang. Kena berani take the risk. Mulut orang bukan kita boleh tutup right? Even kadang orang tak menyokong. Menjatuhkan ada lah. Tapi kita lah yang kena kuat. kalau nak ambil kira semua yang orang cakap tu, memang susahlah kita nak istiqamah. Ingat ni je, kita buat baik, kita dapat rewardnya. Mereka yang sibuk complain kata ' Hailaa, dah berubah ke? '  ' Hek eleh tak lama tu, saja lettew berubah angin. Nanti balik jadi lagha pulak ' Durhhhh, memang tipikal orang macam ni rasa macam nak je picit-picit buat cekodok, berguna jugak. Perghh, memang sadis bahasa yang di katakan, lalu masuk ke hati kan kan? Fasobrul Jamil. ( Sabarlah ). Because you know what, Allah is watching you.

Orang yang duduk sibuk pertikai kita tu, hmphh, agak-agak iman dia macam mana? Kita ni tengok orang buat baik, lafazkan Alhamdulillah. Bukan caci cerca orang. Felamakss, hebat orang macam ni.

Sebab tu, dalam masa nak mentransformasikan diri ni, kena pilih atau cari kawan yang memahami dan satu arah dengan kita. ARAH KE SYURGA. Thats the most important things. Rajinkan diri baca tafsir quran sebab kita kadang baca quran, tak baca tafsir. Kita tak faham apa isi yang ada dalam Kalam tu. Another way is buat nota. Baca buku ilmiah or whatsoever lah yang berkaitan dengan dakwah islamiyyah ni. Didik hati untuk belajar terima ilmu agama. Jangan paksa. Take time. Perlahan-lahan. Occay? Hati kita ni perlu makanan. Bukan tubuh je yang perlu isi dengan makanan. Rohani tu lagi perlu. Bila rohani tak hidup, tu yang masalahnya. Buat dosa pun tak rasa takut dah, Allahuakbar. Kena selalu jugak ikuti Bulatan Gumbira, iaitu usrah. Buat geng ajak gi masjid sesama, pergi tempat ceramah agama, InshaaAllah istiqamah akan menjadi. Dengan izin Allah.


Ya Allah, Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Umar bin Al Khattab ra pernah berkata : "Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari)."
Uthman bin Affan ra berkata: "Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt."
Ali bin Abu Talib ra berkata: "Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban."
Hasan Al Basri berkata: "Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan."
Mujahid berkata: "Istiqamah adalah komitmen terhadap syahadah tauhid sampai bertemu dengan Allah swt."
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Istiqamah adalah :
“Menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi perlaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) zahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.







Everybody is a sinner, but the best among them is, whom repent before the sun rise from the west. Keep istiqamah yaww ! 



8 comments:

cimie said...

ilmu memang mudah di cari. di pelajari. diamal. tapi yang susah nk stay. istiqomah tu mmg berat.

iha said...

Happy birthday to abah kak Nia! :)

Anonymous said...

Iha : thankyouu so much dearr :)

Anonymous said...

cim : betul, istiqamah itu berat

Cikgu Vina said...

sayangi fmly kita =) btw..saya dah follow awak

aindzaya said...

happy besday to your abah..
lamanya tak hapdte belog, rindu sangat dengan tulisan blog ni. keep blogging!

aindzaya said...

happy besday to your abah..
lamanya tak hapdte belog, rindu sangat dengan tulisan blog ni. keep blogging!

Suka kopi said...

kite suka cara penulisan akak, so, kite follow blog ni! hihihi :D