Monday, 22 July 2013

Another miracle from Him.


Keajaiban.
Tahu apa?
Keajaiban Dia.

Di mana kita hidup, juga kerana
keajaiban Nya.

Melangkaui tingkat paras fikir seorang manusia.
Bagaimana di renung akan kejadian itu.
Sehingga lahirnya satu nyawa lagi, tumbuhnya dari satu nyawa.

Pasti, jika di kaji kebesaran Nya, aku tiada mampu berkata apa.
Tahu, betapa Maha nya Dia.

Terima kasih Tuhan atas nikmat kurnia ini, yang datang pada kami dalam bentuk anugerah.
Yang ada kami syukuri, pasti jagai. Terima kasih beri bayi ini, pemberi bahagia penyeri rumahtangga.

Ahlan wasahlan sayang along, Wan Muhammad Raif Rayyan. Moga jadi anak soleh untuk Abah/Ummi.











Kalau nanti satu saat along makin jauh dari Tuhan, sedarkan along. Jadi yang berguna untuk Tuhan/Agama. Along can't describe this feelings of bersyukur pada Rabbi for having you darling. Ummi/Abah so happy and love you so much. Welcome to Dunya Raif.





When you were born, you filled my heart with pride.
And I was overcome by the joy I felt inside.
As I held you in my arms that very first day,
I knew I would never let any harm come your way.

As I watch you sleep in the middle of night,
I hope and pray I will do everything right.
I will always be there to catch you if you fall,
And another promise I make to you from me,

You will always be my darling brother, besides your angah, achik and the only lil sister Hana.
I loveyou.




Wednesday, 10 July 2013

Pentas dunia, platform manusia kejar syurga.

Well said, If you want something, pray. If you don't want anything, well thats basically a lie. Everyone wants to go to heaven.
Hakikatnya, bukan selamanya diri tegar berdiri. Bukan lah sekuat Sultan Muhammad Al Fatih, yang gagahnya bisa menakluk Konstantinopel. Maka, andai tahu diri perlu di tarbiyah, mengapa sombong laksana lebihan pahala yang tidak perlu di tambah Mizan? Ironinya manusia, kadang di datangi hidayah namun di pandang sepi. Lantas tatkala di sentuh hati dengan canda mahupun lukisan ayat dari Illahi, dengan ego nya lantang menjawab sinis menerjah ke hati. Marhaen jelas di situ. '' Bisa kira atau rakam saat berlakunya dosa itu? '' '' Alpa menguasai. Bagaimana manusia sedar sekalipun memang 'sedang' dilihat ''
Bicara kadang tampak biasa, tapi ia sebenarnya membawa maksud yang teramat dalam. Bezanya bagaimana mahu di ambil ertikan atau sekadar lalu di telinga saja. Illahi Rabbi tahu segenap inci diri, tidak perlu kita berlagak macam tinggi diri. Kau, Aku, Kita. Sampai bila di sini? Meredah lautan dosa. Bisakah kita seberangi untuk tuju singgahsana abadi? Yang di mana tempat rehat orang Rabbi cintai? '' Roh itu perlu di tarbiyah '' " Mana ibrahnya? '' '' Cari. Bukan cuma duduk dan lapik dagu "
Hidup. Manusia itu hidupnya di hitung sejak dari bangun hingga detik lelapan matanya. Usah persiakan langkah ini. Perbuatkan apa yang di redhai, usah peduli kata keji, yang penting kau tahu mana letaknya diri.
Hati bermain monolog sendiri. Namun itu bukan hijab bagi Yang atas mengadili. Betapa sulit menjaga sekeping hati yang mana bila cela nya sedikit, terkesan ke setiap sudut diri. '' Jika baik yang satu itu, maka baiklah keseluruhannya ''


'' Terlebih sering aku di uji, tahu? '' '' Manisnya ujian cuma dapat di rasa bila di depan mata itu terzahir segala janji Dia '' Kacamata dunia.