Wednesday, 14 March 2012

ukhwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah





Assalamualaikum semua ! agak sepi blog cik nia kan? well, saya tengah sibuk prepare diri untuk final exam.. coming soon yeah !! waa ! takut dan berdebar.. hewww, but He always with me.. sebelum final, nak update entry baru dulu.. anyonyo ! :)) jum baca

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

sedih putus cinta? memang.. tapi rawat la hati dengan zikrullah.. sentiasa pesan pada diri " you are the best just the way you are '... jangan down okay? Allah pasti datangkan yang lebih baik jika kamu pun turut sama berusaha untuk memperbaiki diri.

seorang sahabat pernah berpesan kepada saya:

" Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. "

pulanglah mencari cinta ILLAHI.. ciknia



No comments: