Wednesday 21 November 2012

tarbiyah diri mengenal Allah

salam alaykum,

in the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.




lain orang, lain cerita.
lain orang, lain ujian.
lain orang, lain rezeki.
jangan mudah banding, 
macam-macam boleh berlaku.
Allah saja yang tahu.


tak mahu taip pembukaan yang panjang-panjang, but cukup dengan sebaris ayat nie. ' yang menerima ibadah kita, Allah taala. yang akan memberi pahala, Dia juga. bukan manusia. '

kalau manusia mencemuh tarbiyah kita, biarkan mereka. kita? teruskan melangkah selagi bernyawa. jalan da'wah itu bukan senang, harus kuat dan istiqamah.




untuk mendapatkan nikmat tarbiyah bukan mudah. Begitu juga untuk sentiasa istiqamah dalam tarbiyah. Pelbagai persoalan minda perlu dijawab. Tanyakan diri bersedia ke arah kebaikan atau katakan pada diri tunggu dulu.
"Saya masih muda. Usia remaja perlu dipenuhi dengan keseronokkan."
"Puaskan dulu dengan hiburan dan pergaulan. Bila dah puas, saya berubahlah."
Itu antara ayat lazim yang menjadi hujah para remaja bila diajak beramar makruf nahi mungkar. Mengatakan dirinya masih muda. Masih terlalu awal untuk menjadi baik. Ada juga yang mengatakan nanti lepas berkahwin saya akan berubah.
Tapi, persoalannya sampai bila memberi hujah sedemikian. Adakah kita yakin lepas ini, esok dan lusa kita masih hidup? Adakah kita tahu bila kita akan mati? Bukankah kematian itu paling hampir dengan diri kita dan semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini?
Allah SWT berhak ke atas diri kita. Maka, Dia berhak berbuat apa saja ke atas diri kita tanpa berunding dan memberitahu kita. Ini termasuklah hal kematian.
Kematian kita! Ya. Kematian kita bila-bila saja menjemput.
Allah SWT akan menguji kita. Hidup dan mati kita itu adalah ujian daripada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Quran yang bermaksud;


"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,"
(Surah al-Mulk ayat 2)


go on nia. go ! you can do it. hoyeahhh. :)  because i know in any situation. Allah listens to my heart, hears my du'a and that's why i smile. 





"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad ayat 7)

Yakinlah, kita adalah umat terbaik untuk manusia dan sekalian alam. Maka, jangan sia-siakan gelaran ini. Jadilah orang-orang yang memperjuangkan agama Allah SWT. Menjadi generasi rabbani iaitu generasi yang  mempelajari al-kitab dan mengajarkannya.

biar ramai yang menghalang, biar ramai yang menduga jalan da'wah mu, selalu teguhkan hati. tawakal. usaha.
saya juga manusia biasa, punya khilaf saya sendiri. tapi mana ada manusia yang tiada dosa bukan. untuk berubah atau terus berbuat dosa, anda pilih. :) 




saya tidak mahu jadi luar biasa. cukuplah hanya jadi yang biasa-biasa saja kerana tujuan hidup adalah untuk menghadap yang maha Esa.




6 comments:

Lea said...

nice entry :)

NJihe.am said...

tq. peringatan utk saya juga. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar dan solat. plz pray for gaza, http://studioous.blogspot.com/2012/11/help-them-now.html

Unknown said...

done follow sini and nice entry :D
follow me back ye

AA said...

peringatan paling berguna buat saya. thanks for sharing. :')

Anonymous said...

tq semuanya, alhamdulillah. :) done fllw all :)

Ismah said...

betultu, biarlah ape orang nak kate. Mulut depa kite xleh tutup. GO NIA GO :)