In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
sebuah cerpen | niarazlan@copyright
Airis mengorak langkah keluar dari perpustakaan. Seketika dia mendongak memandang warna awan yang sudah berubah hitam. Cuaca yang cerah sebentar tadi serta-merta mendung. Arakan awan-awan komulonimbus semakin laju melitupi ruang langit biru. Seakan-akan sudah tidak mampu lagi menampung kandungan air yang tersejat di dalamnya.
Dia yakin sebentar lagi pasti hujan akan turun dengan lebatnya. Seketika dia menoleh ke laluan menuju ke arah fakulti nya. Sepi. Fikirnya, mungkin waktu sebegini semua rakan-rakannya sudah pulang ke hostel masing-masing. Di tolehnya jam di tangan. Pukul 6.30 petang. Jam pemberian papa sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-20 itu masih setia dengannya. Tidak pula pernah dia lupa menyarungkan jam itu ke mana saja dia pergi. Airis tersenyum sendiri. Terbayang pula saat setahun yang lalu. Sebentar lagi pasti Surau Al Raudhah yang terletak di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara itu akan di penuhi dengan jemaah pelajar yang datang untuk mendengar usrah dari Ustazah Safiah. Memang sudah jadi rutin setiap hari khamis, pasti ada sahaja usrah yang di buat untuk santapan rohani pelajar di sini.
Bunyi ribut sudah mula kedengaran. Hai, janganlah hujan. Macam mana aku nak balik nanti. Yang aku ni pun satu, boleh pulak lupa bawak payung time musim hujan macam ni. Nah, terima lah padahnya. Gumam Airis dalam hati. Mahu atau tidak, dia terpaksa berlari ke arah Surau Al Raudhah kerana itu sahaja tempat berlindung dari hujan yang semakin lebat membasahi bumi ini. Basah kuyup bajunya meredah hujan untuk masuk ke koridor Surau.
Airis duduk di salah satu sudut di surau itu. Kelihatan sudah ramai pelajar perempuan yang datang, Ustazah Safiah pun ada sekali. Awal ustazah sampai. Mungkin hendak solat maghrib berjemaah pada hari ini kerana kebiasaanya, Ustazah Safiah akan datang untuk solat isyak berjemaah dan memberi sedikit usrah. Airis meletakkan buku-bukunya di tepi tirai surau. Dia memperkemaskan letak tudungnya supaya senang dia mengambil wudhuk nanti.
Bismillahirahmanirahim. Wudhuk diambil. Penyucian diri bagi setiap hamba. Usai mengambil wudhuk, Airis bersama-sama pelajar yang lain masuk ke dalam saf dan bersedia untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah. Suasana ketika itu sungguh tenang, bermelodikan hujan yang masih renyai di luar surau.
Kelihatan Ustazah Safiah sudah mula membuka ucapan usrahnya. Tekun benar Airis memerhati lagak setiap pelajar pada malam itu. Inilah kali pertama dia berjemaah selama dia melanjutkan pelajaran di sini. Rasa sesal dan khilaf hinggap di hatinya. MasyaAllah, begitu alpa kah aku pada Mu? Terasa begitu janggal dirinya di situ. Memandang sekilas pada yang lain, khusyuk saja di lihatnya mendengar pembukaan usrah dari ustazah. Dia memang pelajar cemerlang di universiti itu. Siapa tidak kenal Airis, meraih anugerah dekan berturut-turut untuk setiap sem. Zain, teman lelaki Airis juga tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan Airis dan Zain sentiasa meluangkan masa bersama untuk melakukan sesuatu tugas memandangkan mereka sekelas. Tapi tanggungjawab nya sebagai hamba di rasakan tidak cukup dengan hanya solat 5 waktu sahaja, terasa kosong di hatinya saat itu. Kenapa sebenarnya dengan aku? Airis bingung.
'' anak-anak, bayangkan betapa besarnya salah kamu kepada Allah yang satu.
Airis termenung seketika. Mendengar ceramah Ustazah Safiah sememangnya membuatkan Airis terkenang akan Zain. Sudah dua tahun dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dia akui Zain seorang lelaki yang baik. Selama mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Zain menyentuhnya walaupun cuma sedikit, tak pernah. Mereka berdua tahu benda itu salah. So, apa salahnya couple. Bukan mereka buat dosa pun. Malah Zain memang terkenal di kalangan rakan-rakanya sebagai ' ustaz ' kerana sering menjadi imam ketika di hostel. Nah, apa yang tidak boleh? Aku dengan dia bukan buat maksiat. Sekadar call untuk wish goodnight dan borak-borak kosong, apalah sangat.

solat berjemaah itu lebih afdhal ( utama )
daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda
hadis riwayat al bukhari dan muslim
Kelihatan Ustazah Safiah sudah mula membuka ucapan usrahnya. Tekun benar Airis memerhati lagak setiap pelajar pada malam itu. Inilah kali pertama dia berjemaah selama dia melanjutkan pelajaran di sini. Rasa sesal dan khilaf hinggap di hatinya. MasyaAllah, begitu alpa kah aku pada Mu? Terasa begitu janggal dirinya di situ. Memandang sekilas pada yang lain, khusyuk saja di lihatnya mendengar pembukaan usrah dari ustazah. Dia memang pelajar cemerlang di universiti itu. Siapa tidak kenal Airis, meraih anugerah dekan berturut-turut untuk setiap sem. Zain, teman lelaki Airis juga tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan Airis dan Zain sentiasa meluangkan masa bersama untuk melakukan sesuatu tugas memandangkan mereka sekelas. Tapi tanggungjawab nya sebagai hamba di rasakan tidak cukup dengan hanya solat 5 waktu sahaja, terasa kosong di hatinya saat itu. Kenapa sebenarnya dengan aku? Airis bingung.
Lamunan Airis terhenti saat Ustazah Safiah menyebut tajuk usrah mereka pada malam itu. Lantas Airis merasakan seakan tertarik untuk meneliti bait-bait ayat dalam ucapan ustazah. SYIRIK CINTA.
Gerun Airis mendengar tajuk itu. Bagaimanakah syirik cinta itu agaknya. Penasaran Airis ingin tahu. Di gerakkan tempat duduknya untuk ke saf hadapan sedikit dengan harapan ingin menghayati.
'' anak-anak, bayangkan betapa besarnya salah kamu kepada Allah yang satu.
Kamu lalai. Bayangkan di padang mahsyar nanti, Allah tunjukkan semua laku kamu di dunia.
Kita ingat kita sorok benda tu, orang tak tahu tapi kita lupa, Allah maha mengetahui.
Di katakan dalam al Quran bahawa jika aib kita di buka di akhirat,
sampai jatuh daging-daging muka menahan malu. Hentikan SMS yang melaghakan.
Hentikan panggilan yang melalaikan. Dalam islam tiada istilah couple,
bahkan juga tiada istilah couple islamik yang jadi trend pada zaman ini. Kamu sangka kamu tidak berpegangan, tidak date dengan pasangan itu tidak berdosa?
Berbalas SMS walaupun cuma untuk ' kejut solat ' itu sudah di kira lalai. Itu belum lagi call lewat malam yang buat kita hanyut dan senyum terkenangkan mereka yang bukan halal bagi kita. Bertaubatlah, raih dulu cinta Allah. Letakkan selamanya Allah di depan. ''
sampai jatuh daging-daging muka menahan malu. Hentikan SMS yang melaghakan.
Hentikan panggilan yang melalaikan. Dalam islam tiada istilah couple,
bahkan juga tiada istilah couple islamik yang jadi trend pada zaman ini. Kamu sangka kamu tidak berpegangan, tidak date dengan pasangan itu tidak berdosa?
Berbalas SMS walaupun cuma untuk ' kejut solat ' itu sudah di kira lalai. Itu belum lagi call lewat malam yang buat kita hanyut dan senyum terkenangkan mereka yang bukan halal bagi kita. Bertaubatlah, raih dulu cinta Allah. Letakkan selamanya Allah di depan. ''
Airis termenung seketika. Mendengar ceramah Ustazah Safiah sememangnya membuatkan Airis terkenang akan Zain. Sudah dua tahun dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dia akui Zain seorang lelaki yang baik. Selama mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Zain menyentuhnya walaupun cuma sedikit, tak pernah. Mereka berdua tahu benda itu salah. So, apa salahnya couple. Bukan mereka buat dosa pun. Malah Zain memang terkenal di kalangan rakan-rakanya sebagai ' ustaz ' kerana sering menjadi imam ketika di hostel. Nah, apa yang tidak boleh? Aku dengan dia bukan buat maksiat. Sekadar call untuk wish goodnight dan borak-borak kosong, apalah sangat.
Namun ternyata ayat-ayat Ustazah Safiah masih berlegar di kotak fikirannya. Benar. Airis kalah dengan pergelutan antara akal dan hatinya. Kalau bukan benda buruk, kenapa mereka couple diam-diam? Kenapa takut kalau mak ayah tahu? Kenapa hati tidak tenang dan rasa kosong?
Airis tekad. Dia bukan tidak tahu hukum tapi jika tahu dan masih berbuat, bukankah itu lebih besar dosanya? Airis memandang handphone nya. Handphone itulah yang menjadi saksi segala perhubungannya dengan Zain selama ini. Meninggalkan Zain bukan lah sesuatu yang mudah. Tapi Airis tahu, jika hidayah itu sudah sampai, tiada apa yang akan menghalang. Dia tunduk memandang sejadah. Titisan air matanya jatuh juga walaupun sedaya upaya ingin di tahannya. Pedulikan kalau jemaah lain melihat, ini air mata penyesalan. Ini air mata seorang hamba yang takut pada Tuhannya. Ya Allah, terima kasih atas nikmat hidayah ini. Doa Airis di iringi selawat dan istighfar yang tidak putus-putus di bibirnya. Airis nekad, dia tidak mahu tunduk pada cinta manusia semata.