Wednesday 26 December 2012

selamat tinggal | sayonara


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



sebuah cerpen | niarazlan@copyright


Airis mengorak langkah keluar dari perpustakaan. Seketika dia mendongak memandang warna awan yang sudah berubah hitam. Cuaca yang cerah sebentar tadi serta-merta mendung. Arakan awan-awan komulonimbus semakin laju melitupi ruang langit biru. Seakan-akan sudah tidak mampu lagi menampung kandungan air yang tersejat di dalamnya.

Dia yakin sebentar lagi pasti hujan akan turun dengan lebatnya. Seketika dia menoleh ke laluan menuju ke arah fakulti nya. Sepi. Fikirnya, mungkin waktu sebegini semua rakan-rakannya sudah pulang ke hostel masing-masing. Di tolehnya jam di tangan. Pukul 6.30 petang. Jam pemberian papa sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-20 itu masih setia dengannya. Tidak pula pernah dia lupa menyarungkan jam itu ke mana saja dia pergi. Airis tersenyum sendiri. Terbayang pula saat setahun yang lalu. Sebentar lagi pasti Surau Al Raudhah yang terletak di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara itu akan di penuhi dengan jemaah pelajar yang datang untuk mendengar usrah dari Ustazah Safiah. Memang sudah jadi rutin setiap hari khamis, pasti ada sahaja usrah yang di buat untuk santapan rohani pelajar di sini.

Bunyi ribut sudah mula kedengaran. Hai, janganlah hujan. Macam mana aku nak balik nanti. Yang aku ni pun satu, boleh pulak lupa bawak payung time musim hujan macam ni. Nah, terima lah padahnya. Gumam Airis dalam hati. Mahu atau tidak, dia terpaksa berlari ke arah Surau Al Raudhah kerana itu sahaja tempat berlindung dari hujan yang semakin lebat membasahi bumi ini. Basah kuyup bajunya meredah hujan untuk masuk ke koridor Surau. 

Airis duduk di salah satu sudut di surau itu. Kelihatan sudah ramai pelajar perempuan yang datang, Ustazah Safiah pun ada sekali. Awal ustazah sampai. Mungkin hendak solat maghrib berjemaah pada hari ini kerana kebiasaanya, Ustazah Safiah akan datang untuk solat isyak berjemaah dan memberi sedikit usrah. Airis meletakkan buku-bukunya di tepi tirai surau. Dia memperkemaskan letak tudungnya supaya senang dia mengambil wudhuk nanti.

Bismillahirahmanirahim. Wudhuk diambil. Penyucian diri bagi setiap hamba. Usai mengambil wudhuk, Airis bersama-sama pelajar yang lain masuk ke dalam saf dan bersedia untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah. Suasana ketika itu sungguh tenang, bermelodikan hujan yang masih renyai di luar surau.


solat berjemaah itu lebih afdhal ( utama )
daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda
hadis riwayat al bukhari dan muslim


Kelihatan Ustazah Safiah sudah mula membuka ucapan usrahnya. Tekun benar Airis memerhati lagak setiap pelajar pada malam itu. Inilah kali pertama dia berjemaah selama dia melanjutkan pelajaran di sini. Rasa sesal dan khilaf hinggap di hatinya. MasyaAllah, begitu alpa kah aku pada Mu? Terasa begitu janggal dirinya di situ. Memandang sekilas pada yang lain, khusyuk saja di lihatnya mendengar pembukaan usrah dari ustazah.  Dia memang pelajar cemerlang di universiti itu. Siapa tidak kenal Airis, meraih anugerah dekan berturut-turut untuk setiap sem. Zain, teman lelaki Airis juga tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan Airis dan Zain sentiasa meluangkan masa bersama untuk melakukan sesuatu tugas memandangkan mereka sekelas. Tapi tanggungjawab nya sebagai hamba di rasakan tidak cukup dengan hanya solat 5 waktu sahaja, terasa kosong di hatinya saat itu. Kenapa sebenarnya dengan aku? Airis bingung.

Lamunan Airis terhenti saat Ustazah Safiah menyebut tajuk usrah mereka pada malam itu. Lantas Airis merasakan seakan tertarik untuk meneliti bait-bait ayat dalam ucapan ustazah. SYIRIK CINTA. 
Gerun Airis mendengar tajuk itu. Bagaimanakah syirik cinta itu agaknya. Penasaran Airis ingin tahu. Di gerakkan tempat duduknya untuk ke saf hadapan sedikit dengan harapan ingin menghayati. 



'' anak-anak, bayangkan betapa besarnya salah kamu kepada Allah yang satu.
 Kamu lalai. Bayangkan di padang mahsyar nanti, Allah tunjukkan semua laku kamu di dunia. 
Kita ingat kita sorok benda tu, orang tak tahu tapi kita lupa, Allah maha mengetahui. 
Di katakan dalam al Quran bahawa jika aib kita di buka di akhirat, 
sampai jatuh daging-daging muka menahan malu. Hentikan SMS yang melaghakan. 
Hentikan panggilan yang melalaikan. Dalam islam tiada istilah couple, 
bahkan juga tiada istilah couple islamik yang jadi trend pada zaman ini. Kamu sangka kamu tidak berpegangan, tidak date dengan pasangan itu tidak berdosa? 
Berbalas SMS walaupun cuma untuk ' kejut solat '  itu sudah di kira lalai. Itu belum lagi call lewat malam yang buat kita hanyut dan senyum terkenangkan mereka yang bukan halal bagi kita. Bertaubatlah, raih dulu cinta Allah. Letakkan selamanya Allah di depan. ''



Airis termenung seketika. Mendengar ceramah Ustazah Safiah sememangnya membuatkan Airis terkenang akan Zain. Sudah dua tahun dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dia akui Zain seorang lelaki yang baik. Selama mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Zain menyentuhnya walaupun cuma sedikit, tak pernah. Mereka berdua tahu benda itu salah. So, apa salahnya couple. Bukan mereka buat dosa pun. Malah Zain memang terkenal di kalangan rakan-rakanya sebagai ' ustaz ' kerana sering menjadi imam ketika di hostel. Nah, apa yang tidak boleh? Aku dengan dia bukan buat maksiat. Sekadar call untuk wish goodnight dan borak-borak kosong, apalah sangat.

Namun ternyata ayat-ayat Ustazah Safiah masih berlegar di kotak fikirannya. Benar. Airis kalah dengan pergelutan antara akal dan hatinya. Kalau bukan benda buruk, kenapa mereka couple diam-diam? Kenapa takut kalau mak ayah tahu? Kenapa hati tidak tenang dan rasa kosong?

Airis tekad. Dia bukan tidak tahu hukum tapi jika tahu dan masih berbuat, bukankah itu lebih besar dosanya?  Airis memandang handphone nya. Handphone itulah yang menjadi saksi segala perhubungannya dengan Zain selama ini. Meninggalkan Zain bukan lah sesuatu yang mudah. Tapi Airis tahu, jika hidayah itu sudah sampai, tiada apa yang akan menghalang. Dia tunduk memandang sejadah. Titisan air matanya jatuh juga walaupun sedaya upaya ingin di tahannya. Pedulikan kalau jemaah lain melihat, ini air mata penyesalan. Ini air mata seorang hamba yang takut pada Tuhannya. Ya Allah, terima kasih atas nikmat hidayah ini. Doa Airis di iringi selawat dan istighfar yang tidak putus-putus di bibirnya. Airis nekad, dia tidak mahu tunduk pada cinta manusia semata.









Monday 17 December 2012

a gift from Allah | ♥

salam alaykum !

in The name of Allah The most Gracious and The most Merciful.

as i promised, going to update about majlis yang kami ( students of AM110/3C ) buat khas for the both lovely person in our class. it is like a farewell party for them ( Ameer & Nazreen ). they got an offers to go to SPA, and yes for sure, semua muka macam sedih *pretend nak cover semua mata merah2* k k, part ni sedih. boleh tengok sorang2 buat muka fake senyum. ketawa. tapi dalam hati Allah je yang tahu. lelagi la time ambil gambar kan.

how you feel like everything and times flies so fast! you've never imagined. 3 sem rasa kejap bukan? and no one knows yang ukhuwah fillah ini akan di uji Allah. benar, bahagia itu ujian. sedih juga ujian. and as a caliph of Allah, then we should be patient. hold on to The One. Allah takkan uji something that we can't bear to face.

whatever decision, someone might get hurt. choose the best that makes your heart feel calmer and pray to The Almighty. may everything turns better.  all the best Ameer and Nazreen . buat yang terbaik. :)





17 December 2012 shall be one of my favourite day ever. 



sahabat yang baik, akan sentiasa ada untuk sahabatnya yang lain. tak kira waktu susah mahupun senang. walaupun tak selalu ada di depan mata kita, tapi tetap hidup dalam setiap doa-doa kita. :)

kita bertemu, Allah yang aturkan.

kita berpisah, Allah yang rancang.

kita gelak ketawa bersama, ye itulah saat kita mewarnai ukhuwah ni.

kita sedih, itu juga cabaran dalam persahabatan.

jarak yang pisahkan, tapi kita tetap memandang langit yang sama.

tetap berpaksikan kiblat yang satu dan bertuhankan Allah yang Esa.

jadi jauh atau dekat, tak kan pernah putusnya silaturrahim ini melainkan dengan kehendak Allah.

dear friends, OUR FRIENDSHIP, IS A GIFT FROM ALLAH.

siapa sangka kan. mood semua tengah sibuk for the new semester, so bila situasi berubah macam nie, manalah tak sebak kan? ye dak? but heyy, thats what we call UJIAN. sabar, redha. doakan yang terbaik untuk satu sama lain. *bayang saat2 study, pergi kelas, presentation, makan semeja* T_T

WE ASKED ALLAH FOR THE BEST. so no matter how far we go, how difficult things get, if He says it's the best to be ours, it will be. so smile :)

setiap pengorbanan, itulah cinta dan jalan untuk terima kebahagiaan. setiap air mata dan ujian, itulah jalan untuk dekat padaNya dan terima anugerahNya.


then when you have taken a decision, put your trust in Allah
- surah al Baqarah : 159





ambil keputusan untuk pergi saat pengajian disini hanya berbaki dua semester, itu satu keputusan yang berat. both of you tak payah cakap pun kami dah tahu. even kami pernah cuba letak diri kami kat tempat kalian. berat. *lap air mata* 

we are friend and we are brothers and sisters.

jauh mana pun pergi, lama mana pun tak jumpa,
datanglah beribu kawan yang lain pun dalam hidup kalian,
jangan lupa kami :)



jaga diri, jaga iman.
sincerely, Nia.




Saturday 8 December 2012

steps to be a good muslimah | :)

salam alaykum !

in the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

i've been quite busy due to the starting of a new semester. yup, a new semester with a new environment. a new spirit. and yes, subjek this sem memang buat nia sangat ' teruja ' lah. yang amat, haishh. -.- paper law dah nak mula tunjuk taring, *ayat hiperbola habis. k k, over :P . paper politik sains makin bertambah, HAAAA, nie yang kemain kena study nie. 

so as yang pernah saya janji, i will write a steps about how to be a good muslimah. insyaAllah, tips2 nie boleh tolong kalian sikit sebanyak kan? kan? kan? *rasa nak hempuk nia :D ( MUKA CERIA )
SHORTEN THIS PART, sebelum nia makin lelebih lagi, so leggo yawww ! 

in the Muslim religion, women are advised to follow rules that at times may appear to clash with western standards of fairness and equality. However, if one looks into the rules and thinks with an uncritical eye, one will come to notice that everything Muslim women are told to do ultimately benefits women. 

In the Quran, it states ' for Muslim men and women, for believing men and women, for devout men and women, for true men and women, for men and women who are patient and constant, for men and women who humble themselves, for men and women who give in charity, for men and women who fast, for men and women who guard their chastity, and for men and women who engage much in Allah's praise, for them has Allah prepared forgiveness and great reward. (33:35) '



this is me, you and all of muslims wants right?


1. understand that all shall be well with Allah's will. - Allah itu, tidak kira sebesar mana pun dosa yang kita buat kepadaNya, pasti Dia akan ampunkan. even if you feel that you are already too deep to become the good Muslim that you truly can be.

2. discover where the influences causing you to turn your back on your religion come from. or i mean, ( MUHASABAH DIRI ) - maybe you can trace back the cause to either family situations or friends that are leading you on the wrong path. leave the friends. Allah tahu yang terbaik. apa yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk kita kan? :) they will not be there on the Day of Judgement when you have to face Allah on your own. if it is because of family, it is a little more difficult. this is where the next steps will come in handy.


3. if you are truly devoted to turning over a new leaf and becoming the best Muslim girl that you can be, you must wear the hijab
. - wajib. yes memang pakai tudung tak wajib but, tutup aurat itu wajib kan? the hijab is not just a piece of cloth that covers hair, it changes you mentally and spiritually. think of it as a way for Allah to protect the women. as soon as you wear the hijab, hopefully, your whole perspective on self-respect and values will automatically change

4. pray 5 times a day. kalau rajin lagi tambah pulak dengan solat sunat. contohnya, ( sunat rawatib, sunat taubat, dan sunat hajat. boleh la tambah dengan zikir and etc ) - s
tart making prayer a normal part of your day, the way eating is a need of ours, our spiritual food is prayers.

5. read the Quran -  read the Quran and also try to read the translation of the Quran and truly try to understand its meaning. baca Quran adalah bertujuan untuk bina hubungan kita dengan Allah swt. also makes you feel closer to Allah. indahnya Quran kan? kalam Allah.


6. learn more about islam - k
now what you have to do (which is called WAJIB things) and what you can't do (HARAM things). the Internet is a valuable source to search for Islamic rules and regulations and the punishments that apply if they are broken. zaman kemudahan teknologi nie tak susah dah. boleh saja search mana2 website but makesure, to go on correct websites ye awak2 semua :D .

7. dress modestly - t
his does not mean that you have to look ugly or not stylish. just be modest. wear longer shirts. remember that it is obligatory to cover the whole body except muka dan tapak tangan. islam tak larang kita berfesyen. tapi jangan ' buta ' fesyen

and the last one is :

8. take time for yourself - nak berubah perlu masa. mana ada hari nie berubah esok terus pakai tutup semua. ye dak? slow2. yang penting istiqamah. islam bukan agama yang memaksa. if you make it a priority in your mind that you want to strive to be the best Muslim girl possible, you will achieve this goal without even realizing it !





every time you feel weak and do not have someone to talk to, remember that Allah (swt) is always there for you and HE is all you need to accomplish this mission. :) have faith on HIM.

SOOOO, i've completed all. alhamdulillah. *senyum telinga ke telinga* . you know what, sharing the best things to all of you buat saya rasa macam, wahh. inilah islam. indahnya islam. saling sebarkan agama Allah. faham tak keterujaan nie? ELELE dia start dah :D 
will be back soon.

pray for me, pray for the ummah. :)

     



Monday 3 December 2012

| Quran | ♥

salam alaykum. :)

In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

the awkward moment when ada orang tanya ke mana menghilang? bila nak publish entry baru? okay, nah nie dia bahan bacaan saya buat kalian untuk bulan nie :) since i jarang update blog, so saya kena pastikan yang setiap kali bila saya came out je, saya akan bagi sesuatu yang baru dan lain untuk orang baca. 

Quran. Kalam Allah.

' kitab ( Al Quran ) ini tidak ada keraguan padanya : petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. ' 
( Al Baqarah 2:2 ) 

' maka, adakah kamu menganggap remeh saja Al Quran ini? ' ( Al Waqi'aah ;81 )

ada yang lebih terkesima dengan novel dan drama walhal kitab suci ini di tolak ke tepi. bila pulak nak buka quran? alah, nanti la. malam jumaat seminggu sekali mungkin. ( baca yasin, so buka lah quran ) in case kalau tak buka langsung dalam seminggu? berat tu. 

tengok you tube, lepak, text, facebooking lagi, nak2 pulak twitter, semua tu dah ganti kelaziman yang sepatutnya. yang sepatutnya Quran kita buka hari2, tapi di ganti dengan benda yang tak berfaedah.
we must stop wasting our time. turn back to Him. hold Quran and Sunnah. 



the Quran, like all other divine scriptures, contains God's law. not only does it contain, but also the means to attain righteousness. see? banyak sangat kelebihan dalam quran nie. jadi, ayuh kita jadi generasi rabbani. berpegang teguh pada kitab kita. mari. :)
Quran always offers straightforward solutions. tak payah susah2 nak search mr.google ke atau whatever lagi yang lain, not worth it.

bukankah Quran itu satu peraturan yang benar? kitab yang menjelaskan penjelasan yang sempurna buat manusia. 

wallahualam.