Friday, 27 June 2014

Bukan sayembara.

Salaam brothers&sisters.


Update ini tidak punya perkaitan langsung tentang apa yang berlaku apa yang jadi pada aku atau orang lain. Ia semata cuma satu ayat yang aku fikir dan terlumrah dari hati. 
Moga di balik tiap tiap ayat yang terlintas di kotak fikir aku, semuanya berkait dengan Maha Pencipta, manusia dan kehidupan. Yang tidak pula sia sia untuk kalian. Yang berbaloi aku sebarluaskan kalau nyata ia baik. Allahu musta'an.








'Kalau manusia itu tidak bergraviti, maka aku lah yang terapung bebas di muka langit. Sepertinya tidak punya halangan'.








'Konkrit diri. Definisi mudah bagi sosok manusia yang mencuba teguh di balik retina manusia lainnya. Tanpa bersandar pada apa apa melainkan Tuhan'.








'Jika saja rasa ini berkilogram, maka rindu aku lah yang paling berat. Panjangnya 6 harakat. Di ukur tinggi pula ia bertingkat tingkat'.











'Yang namanya jodoh itu ia berpisah berbatu batu waima bernautika tapi tetap ketemu di akhirnya'.











'Berderap derap jauhnya aku tinggalkan Tuhan, tapi tetap Dia mendekat, jarak tak berinci. Terlalu amat dekat'.








Nah, ini saja.

Monday, 9 June 2014

A journey.

Salam alaykum people.
     Bismillah.


MasyaaAllah, terlalu banyak yang berlaku sedari celik mata awal awal pagi, lalui saat saat yang Tuhan pinjamkan, terasa betapa sayangnya Tuhan pada kita. Untuk setiap yang berlaku, di sertakan hikmah. TERIMA KASIH ALLAH. Couldn’t ask for anything more than all of the blessings I've already received.  Dan sebenarnya hati penuh debar. Hati penuh gentar. Wallahi.




Sabar dulu.
Lek lu.




Sudah terlalu lama, last last ambik titik noktah jugak. Fikir panjang, SIYES ! Bulan penuh beralih separuh beralih ke penuh semula. Nak bagitahu lamanyaaa fikir LOL. InshaaAllah, inshaaAllah, inshaaALLAH akan meneruskan menulis semula, merobek semula ayat ayat dalam manuskrip yang dah lama perap tak silap last berhenti tulis masa sebulan sebelum SPM 2010 (sebenarnya aku ada jugak belek intai intai sebab tak ikhlas bila terpaksa perap tapi sebab spm ku korbankan mu).





Bila stalk web Buku Prima, http://www.bukuprima.com.my/kerjaya.asp dan nilai sikit sikit kriteria dia, ceyyyy hati bunga bunga jap konon mampu lah tulis sebanyak tu kennn tapi agak nak siap tu, mungkin makan masa. Kena focus on study, at the same time minat ni dah tak boleh perap. Syarat dekat Syarikat Penerbitan Karangkraf Alaf 21 pun tak jauh beza, dia lebih kurang je so inshaaALLAH. Cakap pasal nak tulis, jalan cerita ke apa, yess kita memang dah set siap2 dalam kepala and kadang, ending dia tu dah boleh garap dulu. Aku pun tak tahu lah kenapa pelik benar pikiran aku ni jangkau ke ending dulu. Untuk terima atau tak, yang tu kita memang kena siap awal awal kalau kata tak diterima oleh syarikat penerbitan. Du'a, struggle, du'a, tawakaltu Alallah.





Alhamdulillah, sekarang ni pun tengah menggarap idea yang makin malam makin tumpul mana nak gali ayat nya plot nya lagi, agak terabur. Perlu lebih cool sebenarnya, cool ambik mood. Sebenarnya ummi lah paling support. Ummi lah paling faham minat anak dia sebab dulu time kecik selalu kena paksa layan anak dia suruh beli note book besar punya. Soooo ummi lah manusia yang Tuhan hadiahkan untuk aku, yang paling faham selain dari dukungan orang keliling (family&sahabat terchentaa semua).





Aku percaya ni 'not everything happens the way we want it to, but there's always a reason, even if we don't like it'.
Kalau Tuhan kata kunfayakun, inshaaALLAH lahir lah novel sulung ni, kalau tak makanya tak. Mungkin Tuhan ada ketetapanNya yang lain yang pastinya terbaik untuk aku. Aku harap Tuhan bantu, Tuhan berkati.




الله اكبر