Bismillah.
MasyaaAllah, terlalu banyak yang berlaku sedari celik mata awal awal pagi, lalui saat saat yang Tuhan pinjamkan, terasa betapa sayangnya Tuhan pada kita. Untuk setiap yang berlaku, di sertakan hikmah. TERIMA KASIH ALLAH. Couldn’t ask for anything more than all of the blessings I've already received. Dan sebenarnya hati penuh debar. Hati penuh gentar. Wallahi.
Sabar dulu.
Lek lu.
Sudah terlalu lama, last last ambik titik noktah jugak. Fikir panjang, SIYES ! Bulan penuh beralih separuh beralih ke penuh semula. Nak bagitahu lamanyaaa fikir LOL. InshaaAllah, inshaaAllah, inshaaALLAH akan meneruskan menulis semula, merobek semula ayat ayat dalam manuskrip yang dah lama perap tak silap last berhenti tulis masa sebulan sebelum SPM 2010 (sebenarnya aku ada jugak belek intai intai sebab tak ikhlas bila terpaksa perap tapi sebab spm ku korbankan mu).
Bila stalk web Buku Prima, http://www.bukuprima.com.my/kerjaya.asp dan nilai sikit sikit kriteria dia, ceyyyy hati bunga bunga jap konon mampu lah tulis sebanyak tu kennn tapi agak nak siap tu, mungkin makan masa. Kena focus on study, at the same time minat ni dah tak boleh perap. Syarat dekat Syarikat Penerbitan Karangkraf Alaf 21 pun tak jauh beza, dia lebih kurang je so inshaaALLAH. Cakap pasal nak tulis, jalan cerita ke apa, yess kita memang dah set siap2 dalam kepala and kadang, ending dia tu dah boleh garap dulu. Aku pun tak tahu lah kenapa pelik benar pikiran aku ni jangkau ke ending dulu. Untuk terima atau tak, yang tu kita memang kena siap awal awal kalau kata tak diterima oleh syarikat penerbitan. Du'a, struggle, du'a, tawakaltu Alallah.
Alhamdulillah, sekarang ni pun tengah menggarap idea yang makin malam makin tumpul mana nak gali ayat nya plot nya lagi, agak terabur. Perlu lebih cool sebenarnya, cool ambik mood. Sebenarnya ummi lah paling support. Ummi lah paling faham minat anak dia sebab dulu time kecik selalu kena paksa layan anak dia suruh beli note book besar punya. Soooo ummi lah manusia yang Tuhan hadiahkan untuk aku, yang paling faham selain dari dukungan orang keliling (family&sahabat terchentaa semua).
Aku percaya ni 'not everything happens the way we want it to, but there's always a reason, even if we don't like it'.
Kalau Tuhan kata kunfayakun, inshaaALLAH lahir lah novel sulung ni, kalau tak makanya tak. Mungkin Tuhan ada ketetapanNya yang lain yang pastinya terbaik untuk aku. Aku harap Tuhan bantu, Tuhan berkati.
الله اكبر
No comments:
Post a Comment